
Nando's meraikan penghuni Cheshire Home Kuching sempena Krimas 2024 baru-baru ini.
KUCHING: Sempena sambutan Krimas baru-baru ini menerusi kempen ‘Gift a Meal, Gift a Smile’, Nando’s bersama pelanggannya yang dermawan berjaya menyajikan 1,000 hidangan PERi-PERi kepada rumah kebajikan di serata Sabah dan Sarawak.
Menurut kenyataan dikeluarkan Nando's, hidangan itu telah disalurkan kepada lebih 10 rumah kebajikan termasuk Lions Nursing Home, Cheshire Home serta Rumah dan Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup.
Bagi kebanyakan penerima, hidangan ayam panggang api ini merupakan satu hidangan istimewa yang jarang dinikmati.
Pengalaman ini menambahkan keriangan dalam sambutan perayaan kali ini.
Ketua Pegawai Komersial Nando’s Malaysia Chai Hui Fung berkata: "Di Nando’s, matlamat kami adalah untuk mengubah kehidupan bersama-sama dan kempen ini memberi kami peluang untuk melakukannya.
“Sama ada kanak-kanak menikmati PERi-PERi buat kali pertama atau warga emas berkongsi cerita sambil menikmati hidangan mereka, kegembiraan yang kami saksikan mengingatkan kami tentang kuasa kebersamaan sebagai satu komuniti.”
TP bersama kakitangan Cheshire Home Kuching menyediakan hidangan untuk dinikmati penghuni rumah kebajikan itu.
Aktiviti amal ini turut disertai pempengaruh tempatan seperti TP daripada Tea FM, Jacob dan Boeing di Kuching manakala Ketty Lee, Vance Tan dan Deirdre Chiew menyebarkan kasih sayang mereka di Kota Kinabalu.
Mereka berpeluang melihat sendiri bahawa kempen ini bukan sekadar menyajikan makanan, ia juga berupaya mencipta detik-detik keriangan. Musim perayaan kali ini mungkin telah berakhir tetapi misi Nando’s belum selesai.
Walaupun perancangan untuk inisiatif seterusnya masih dirahsiakan, jenama ini kekal bersemangat menyebarkan kasih sayang PERi-PERi sambil menyokong komuniti lebih-lebih lagi yang kurang bernasib baik.
|