CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4804|Reply: 0

[Sarawak] Semua jawatan tertinggi PRS termasuk presiden dibuka untuk dipertandingkan

[Copy link]
Post time 7-1-2025 11:38 AM | Show all posts |Read mode


Peter (enam kanan) menyampaikan cenderamata kepada Salang (tujuh kanan) sambil disaksikan Majang (lima kiri) dan yang lain di Miri malam semalam.

MIRI: Semua jawatan tertinggi dalam Parti Rakyat Sarawak (PRS) termasuk presiden dibuka untuk dipertandingkan pada Persidangan Perwakilan Tritahunan (TDC) parti itu yang dijadualkan berlangsung pada April tahun ini.

Presidennya Datuk Joseph Salang Gandum berkata berdasarkan perlembagaan parti itu setiap jawatan boleh dipertandingkan termasuk presiden dan naib presiden.

"Mengikut perlembagaan parti kita, ya. Setiap jawatan boleh dipertandingankan namun dengan kebijaksanaan kepimpinan dan secara kolektif, kita boleh membuat keputusan melakukan sesuatu yang tidak bertentangan dengan perlembagaan tetapi untuk kepentingan parti," katanya ketika membayangkan kemungkinan ada jawatan tidak dipertandingkan demi kepentingan parti.  

"Kami (akan) memikirkan apa yang sesuai untuk parti, bukan untuk kami sebagai pemimpin parti secara individu.

“Ini bermakna untuk TGM (perhimpunan) yang akan datang ini, jawatan utama PRS adalah konsensus.

"Semuanya tersedia untuk dipertandingkan. Semuanya boleh (dipertanding). Namun sekali lagi dengan kebijaksanaan ahli-ahli, kita juga boleh menyusun sama ada untuk mempertanding jawatan mana dan jawatan mana yang tidak dipertandingkan," katanya.  

Menjawab pertanyaan pemberita mengenai jawatan yang dipertandingkan, Salang berkata ia turut merangkumi semua jawatan dalam badan utama termasuk Pergerakan Wanta dan Pemuda.

"Semua itu boleh ditandingi berdasarkan perlembagaan parti dan seperti yang nyatakan dalam ucapan dalam majlis ini (semalam), Parti Rakyat Sarawak dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mengutamakan perpaduan dalam kesatuan," katanya.

Terdahulu Salang hadir untuk merasmikan Majlis Pelancaran PRS Bahagian Marudi di sebuah hotel terkemuka di sini malam semalam.

"Oleh itu, apa sahaja yang difikirkan boleh memberi manfaat kepada kesatuan maka kita akan beri perhatian dan penekanan.

"Oleh itu, kita menggesa semua yang berminat dalam merancang atau membuat keputusan (untuk bertanding) agar berhati-hati.

"Dalam pertandingan untuk jawatan yang ada dalam TDC dan dalam mana-mana pertandingan atau mana-mana peranan yang ada dalam parti, saya sendiri ada pengalaman dari bermulanya Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan selepas itu Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan kini dalam PRS.  

"Daripada pengalaman saya, ia bukanlah perkara utama yang memecahkan parti tetapi kebanyakannya adalah kerana keraguan dan syak wasangka serta perasaan yang tidak mahu ditinggalkan oleh kita," jelasnya.

Sehubungan itu, Salang memberitahu ahli-ahli PRS apa sahaja mereka (pemimpin parti) mahu lakukan mereka harus melibatkan semua orang dan ahli supaya tiada siapa berasa tersisih kerana perasaan tersisih timbul ini boleh membangkitkan perasaan syak wasangka, kemudiannya boleh membawa kepada perpecahan dalam parti seperti yang pernah berlaku.

Ditanya jika PRS masih relevan kepada masyarakat Dayak khususnya pengundinya, berikutan terdapat komen mengkritik PRS yang dianggap mempunyai kepimpinan lemah dan kurang 'bersuara', Salang menafikannya dan berkata PRS masih relevan.

"Sebenarnya (kenyataan) itu tidak benar. Anda akan tahu kekuatan 'uncang teh' hanya apabila anda membuangnya ke dalam air. Sehingga itu berlaku anda tidak akan tahu.

"Jadi perkara ini sama, dakwaan konon kita tidak cukup ahli-ahli muda (pelapis) tidak benar.

“Anda hanya akan tahu apabila ada keperluan (untuk mereka tampil)," katanya sambil menambah, PRS sentiasa memiliki integriti dan amat berdedikasi khususnya dalam berkhidmat untuk rakyat tanpa memerlukan publisiti.

Mengenai penubuhan PRS Bahagian Marudi, Salang berkata ia membantu mengukuhkan kedudukan parti itu di utara negeri ini serta memperkuat jentera GPS di Miri dan Marudi.

Cawangan itu yang dipengerusikan oleh Kaunselor Peter Sujar Chambai kini memiliki seramai 1,208 ahli berdaftar.

Turut hadir Timbalan Menteri Infrastuktur dan Pembangunan Pelabuhan yang juga Timbalan Presiden PRS Datuk Majang Renggi, Timbalan Menteri Digital merangkap Naib Presiden Datuk Wilson Ugak serta Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap ADUN Marudi Datuk Dr Penguang Manggil dan beberapa pemimpin tertinggi PRS.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.479338 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list