View: 10871|Reply: 4
|
Pelajar baru IPT didenda duduk ala commando rest! - "Mereka membuang sampah yang masih basah ke atas kepala dan muka"
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pernah diganggu penuntut senior sehingga ke tahap sampah yang masih basah dibuang ke muka.
Itulah pengalaman yang memberi trauma kepada seorang mangsa buli dikenali sebagai Akmal, 25, ketika melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).
Akmal berkata, pengalaman itu bermula pada minggu suai kenal sewaktu mengambil program diploma.
"Mulanya, senior yang bertindak sebagai fasilitator menyambut baik kedatangan pelajar tetapi selepas ibu bapa pulang, mereka mula menunjukkan kelakuan masing-masing.
"Mereka menyuruh pelajar baru keluar daripada bilik kerana mahu melakukan spot check. Selepas itu, mereka akan mencari barang terlarang seperti rokok.
"Apabila salah seorang daripada kami membawa rokok, keseluruhan pelajar baru didenda dengan duduk ala commando rest. Sebatang rokok dikira selama satu minit, kalau 10 batang rokok dijumpai, duduklah begitu sehingga 10 minit," katanya.
Menurutnya, pada hari kedua, dia dan rakan dipaksa bangun seawal 3 pagi dan diarahkan beratur di luar selama satu jam walaupun tentatif program bermula pada 8 pagi.
"Bagi mereka yang lewat, disuruh duduk secara mencangkung.
"Ada satu hari, bilik diserbu senior yang menggelarkan diri mereka sebagai 'fasi'. Mereka meminta saya dan rakan yang lain ketuk ketampi. Perkara itu berlaku sewaktu minggu suai kenal.
"Selepas daripada minggu itu, ada juga dikacau oleh senior. Mereka masuk ke bilik pelajar baru lalu membuang sampah yang masih basah ke atas kepala dan muka," katanya ketika dihubungi oleh Harian Metro.
Akmal berkata, perkara yang dilalui itu memberi kesan trauma sehingga dia takut ke kelas manakala jika tiada kelas, dia duduk di dalam bilik saja.
"Sepatutnya kehidupan di kampus menyeronokkan kerana boleh berdikari sendiri dan merasai suasana belajar bersama rakan tetapi perkara yang terjadi sebaliknya. Saya tidak bersemangat ke kelas dan tidak boleh fokus dalam tempoh sebulan.
"Ibu dan ayah yang banyak memberi kata-kata semangat dan meminta saya bersabar. Saya hanya abaikan perkara yang mereka lakukan kerana jika bersuara, sudah tentu akan menjadi lebih teruk," katanya.
Dia bagaimanapun menasihat mangsa yang mungkin menghadapi situasi sama supaya tidak takut bersuara.
"Walaupun ada individu cuba menghalang, luahkan saja. Teruskan semangat agar perkara itu boleh dibanteras," katanya.
Banyak kes masih tidak dilaporkan kerana takut, malu
Buli berlaku kerana mahu menunjukkan kekuasaan terutama dalam persekitaran institusi seperti asrama.
Pegawai Psikologi, Ketua Unit Kaunseling Pusat Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (HEP-UKM) Siti Atiqah Moamat Mastam berkata, ia bertujuan menunjukkan dominasi seperti mana yang sering dilakukan pelajar senior terhadap junior untuk menegaskan kedudukan mereka.
"Buli fizikal mungkin meninggalkan kecederaan luaran yang nyata, tetapi penderaan emosi lebih sukar dikesan kerana ia membabitkan trauma mental yang mendalam.
"Mangsa sering berasa takut melaporkan kejadian akibat ugutan daripada pemangsa, yang boleh menyebabkan tekanan mental sehingga ada kes bunuh diri.
"Malah kesan lebih mendalam dilihat apabila buli dalam bentuk siber semakin meningkat, memberikan impak psikologi yang parah seperti hilang keyakinan diri dan kemurungan.
"Tahap kesedaran yang semakin meningkat sekarang membantu mangsa mendapatkan bantuan lebih awal. Namun banyak kes masih tidak dilaporkan kerana rasa takut dan malu. Ini memerlukan ruang selamat, seperti sesi kaunseling yang dijalankan dalam bilik kalis bunyi untuk membolehkan mangsa berkongsi tanpa rasa bimbang," katanya kepada Harian Metro.
Siti Atiqah berkata, budaya itu sering dikaitkan dengan faktor persekitaran dan pengalaman terdahulu yang mana ia kesinambungan yang diwarisi seperti pelajar yang pernah menjadi mangsa bertindak membalas apabila menjadi senior.
Beliau berkata, namun ada juga yang memilih menghentikan tradisi itu dengan menggunakan kuasa dan kesedaran mereka bagi memupuk budaya hormat-menghormati.
"Tetapi masih ada sesetengah pelajar yang membawa sifat dominasi atau budaya buli dari rumah atau pengalaman lampau yang kemudiannya mempengaruhi interaksi mereka di sekolah atau universiti.
"Oleh itu, penting untuk masyarakat dan institusi pendidikan bekerjasama mewujudkan budaya yang lebih sihat bagi memutuskan rantaian buli daripada berterusan," katanya.
Menurutnya, trauma yang dialami mangsa boleh mengubah personaliti daripada seorang yang ceria kepada pendiam, enggan keluar bilik dan tidak mahu berinteraksi dengan orang lain.
"Gejala seperti kemurungan dan keengganan mendapatkan bantuan adalah antara tanda awal yang memerlukan perhatian segera.
"Dengan bantuan kaunseling atau sokongan daripada pihak berkaitan, mangsa berpotensi untuk pulih dan meneruskan kehidupan," katanya.
Katanya, institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam memutuskan kitaran budaya itu.
"Contohnya, UKM menyediakan platform aduan melalui HEP-UKM dan Unit Integriti dan Ombudsman yang melindungi pemberi maklumat di bawah Akta Pemberi Maklumat di mana pelajar bebas membuat aduan tanpa risau identiti mereka didedahkan," katanya.
Selain itu, kesedaran melalui poster, seminar dan psiko pendidikan turut diadakan untuk mendidik pelajar mengenai kesan buli serta cara mendapatkan bantuan kepada sumber yang betul.
"Kes sukarela lebih mudah diurus kerana pelajar sendiri mendapatkan bantuan tetapi untuk kes rujukan, membina keinsafan dalam diri pelaku itu mengambil masa," katanya.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Entah lah dik, umur 18 tu dah cukup matang kau nak defend diri sendiri, agak-agak benda yang lebih-lebih, kau sound direct je terus, takyah nak trauma bagai, senior kau tua setahun tak pun sebaya je kalau intake tahun sama, silap2 jumpa dalam kelas subject repeat... ahahaha... iols yang selembut sutera ni pun tak kuasa nak layan aktiviti mesra siswa yang merepek, roll call lah, collect2 sign senior lah, kena nyanyi2 lah, iols join yang wajib je berkaitan kelas & kampus...ni bukan zaman sekolah asrama dik.. mak nak gi kelas tenang2 sambil2 cikcur dan look around... ahahahahaha.. sedih lah kau dik nak trauma2, nanti sampai ke zaman kerja mudah dibuli.. |
|
|
|
|
|
|
|
terpaing fasi..bagi i comando rest tu ok lagi tapi simbah sampah berair tu melampau la |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 kesian tengok berita camni
dah masuk universiti pun kena buli ntah apa2. fasi-fasi camtu elok kena buang je. takpun elok mati je. sorry not sorry, Iols benci pembuli.
syukur zaman study dulu takde orientasi mengarut dan fasi over.
4 hari orientasi, duk dengar taklimat pasal subject, kokurikulum, universiti dengan tengok persembahan senior je |
|
|
|
|
|
|
|
Ipt mana ni? Bagitau la kalau betui..ke KO saja buat content je |
|
|
|
|
|
|
| |
|