View: 9080|Reply: 6
|
[Tempatan]
Menteri jamin video penuh TMM 2026 serlah keunikan setiap negeri
[Copy link]
|
|
Menteri jamin video penuh TMM 2026 serlah keunikan setiap negeri
https://www.freemalaysiatoday.co ... ikan-setiap-negeri/
Chia Wan Rou
09 Jan 2025, 12:20 PM
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing turut minta semua pihak elak buat kenyataan negatif dan bangkit sentimen perkauman.

Semalam, beberapa pemimpin pembangkang meminta Motac menarik balik video montaj TMM 2026 kerana didakwa cuai tidak mempamerkan elemen masjid.
PETALING JAYA: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing memberi jaminan elemen keunikan di setiap negeri akan disusun sebaiknya dalam video penuh promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).
Beliau berkata, beliau ada meminta pengurusan tertinggi seperti Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Roslan Abdul Rahman supaya menambah baik video penuh yang telah siap itu.
“Video ini perlu dibahagi dengan baik supaya pelancong asing tidak rasa keliru akan elemen keunikan negeri masing-masing. Bukan lompat sana sini,” katanya dalam sesi libat urus bersama penggiat industri pelancongan

Tiong King Sing.
Tiong turut menyeru kerjasama semua kerajaan negeri untuk menyalurkan maklumat mengenai elemen kebudayaan termasuk destinasi pelancongan dan makanan istimewa.
“Tapi kalau negeri-negeri tak bagi peluang, macam mana kita nak lakukan?
“Kalau kita betul-betul ada silap datang pejabat kita bincang selesaikan,” katanya meminta semua pihak tidak membuat kenyataan negatif atau memainkan sentimen yang boleh menjejaskan sektor pelancongan.
“Sekarang tengah huru-hara masyarakat kata rasis dan main perkauman.”
Kenyataan Tiong itu menyusul kritikan beberapa pemimpin pembangkang meminta Motac menarik balik video montaj TMM 2026 kerana didakwa cuai tidak mempamerkan elemen masjid, selepas memuatkan paparan rumah ibadat seperti gereja dan kuil.
Exco Pemuda Bersatu Ad Adib Shaharuddin berkata perlu ada kandungan video lebih seimbang dan tidak meminggirkan majoriti penduduk negara beragama Islam.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Khairul Nadzir Helmi Azhar pula menyeru kementerian memberi penjelasan berkenaan isu tersebut dan mengambil tindakan segera.
Bagaimanapun Tiong mempertahan video montaj yang dikritik itu hanya video pelancaran ringkas dan pendek dengan durasi 41 saat, serta menegaskan elemen seni bina masjid akan dimasukkan dalam video lebih terperinci dalam masa terdekat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kekdahnya video di kontroversi kan itu sebenarnya baru teaser je kan?kecoh je |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 9-1-2025 01:41 PM
tokong pun takde dlm video tu kan..so yg nak menggelupor sgt tu dah knp??
ni video teaser nak promot VMY bukannya video nak promot rumah ibadat..batu Caves ada sbb satu dunia dah kenal situ ikon multiculture kat Msia,gereja Steadhuys tu plak ikon Melaka bandar warisan Unesco
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Perak,mohon letqk durian,seni tekat dgn tokong sam poh tong.
Tokong sam poh tong tu best,cantik tempat dia |
|
|
|
|
|
|
|
Letak jawatan lah.. Byk sgt kontroversi...... |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri kouta memang bengap |
|
|
|
|
|
|
| |
|