View: 9129|Reply: 3
|
[Tempatan]
Setpol PMX Anwar Ibrahim syor dedah butiran mesyuarat lembaga pengampunan. #2,#3 & #4, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaliha: Minit mesyuarat lembaga pengampunan sulit, tak akan didedah
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 9-1-2025 10:29 AM
Setpol Anwar syor dedah butiran mesyuarat lembaga pengampunan
https://www.freemalaysiatoday.co ... embaga-pengampunan/
FMT Reporters
08 Jan 2025, 10:00 PM
Ia bagi memberikan kejelasan dan menghentikan spekulasi sekitar pengampunan yang diberikan kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Shamsul Iskandar Akin syor butiran minit mesyuarat lembaga pengampunan berhubung permohonan pengampunan Najib Razak didedahkan bagi menghentikan spekulasi.
PETALING JAYA: Setiausaha politik kanan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesyorkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berhubung permohonan pengampunan Najib Razak didedahkan kepada umum.
Shamsul Iskandar Akin berkata, ia bagi memberikan kejelasan dan menghentikan spekulasi sekitar pengampunan yang diberikan kepada bekas perdana menteri itu.
“Saya harap perkara ini dapat dipertimbangkan oleh Jemaah Menteri supaya rakyat tahu apa yang berlaku dalam mesyuarat itu, apa pandangan telah dikemukakan serta keputusan diambil Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika itu,” katanya, lapor Berita Harian.
“Dalam perkara ini kita perlu objektif dan bukannya bermain politik.”
Najib pada Isnin peroleh kebenaran daripada Mahkamah Rayuan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, bagi memaksa kerajaan melaksanakan suatu titah adendum oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu yang membenarkan beliau jalani baki tempoh pemenjaraan bawah tahanan rumah.
Beberapa pihak menuduh kerajaan sorok titah tersebut, selepas peguam Najib, Shafee Abdullah, mengemukakan kepada mahkamah surat daripada Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang yang mengesahkan kewujudan titah adendum itu.
Urusetia Lembaga Pengampunan, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri pada 2 Feb lalu mengumumkan hukuman penjara ke atas Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda yang perlu dibayar Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib pada Julai 2020, selepas bekas presiden Umno itu didapati bersalah atas masing-masing tiga pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram, serta satu pertuduhan salah guna kedudukan, berkait dana RM42 juta milik SRC International.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by EJALTI at 9-1-2025 10:15 AM
Minit mesyuarat lembaga pengampunan tak akan didedah, kata Zaliha
https://www.freemalaysiatoday.co ... idedah-kata-zaliha/
Mohamad Fadli
09 Jan 2025, 04:00 PM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkata minit mesyuarat itu sulit dan hak kuasa hanya ada pada lembaga pengampunan.

Dr Zaliha Mustafa berkata minit mesyuarat lembaga pengampunan tidak akan didedahkan kerana ia sulit. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengenai pengampunan Najib Razak tidak akan didedahkan.
Beliau berkata, minit mesyuarat itu adalah sulit dan hak kuasa hanya ada pada lembaga tersebut.
“Minit mesyuarat adalah perkara sulit. Jadi kita tidak boleh buat perkara itu ‘open’.
“Jadi, itu hanya hak lembaga pengampunan. Minit mesyuarat tidak akan didedahkan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Kiosk Sentuhan Madani.
Majlis dirasmikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Cadangan supaya ia didedah disuarakan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Shamsul Iskandar Akin, semalam, bagi memberikan kejelasan dan menghentikan spekulasi berkaitan pengampunan diberikan kepada Najib.
Padi tadi Zaliha berkata ‘nanti’ ketika ditanya mengenai cadangan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengenai pengampunan bekas perdana menteri itu didedahkan kepada umum.
Zaliha, menteri dipertanggungjawabkan dalam lembaga tersebut hanya memberi jawapan ringkas itu ketika ditemui pemberita sebelum majlis perasmian forum ekonomi oleh Anwar.
Dipetik Berita Harian, Shamsul berkata beliau berharap Jemaah Menteri dapat mempertimbangkan cadangannya itu supaya rakyat tahu perjalanan mesyuarat lembaga pengampunan, pandangan dikemukakan serta keputusan diambil Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika itu (sebagai Yang di-Pertuan Agong).
Najib pada Isnin peroleh kebenaran daripada Mahkamah Rayuan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, bagi memaksa kerajaan melaksanakan titah adendum oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu yang membenarkannya menjalani baki tempoh pemenjaraan bawah tahanan rumah.
Beberapa pihak menuduh kerajaan sorok titah tersebut, selepas peguam Najib, Shafee Abdullah, mengemukakan kepada mahkamah surat daripada Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang yang mengesahkan kewujudan titah adendum itu.
Semalam, Peguam Negara Dusuki Mokhtar juga enggan menjawab pertanyaan sama ada Jabatan Peguam Negara menerima perintah adendum tahanan rumah itu.
“Saya tidak mahu komen,” katanya ringkas kepada pemberita di luar majlis pembukaan Tahun Perundangan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Bekas peguam negara Ahmad Terrirudin Salleh, yang dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan pada November lalu, turut hadir di majlis itu tetapi mengelak daripada bertemu dengan wartawan. |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri: Minit mesyuarat lembaga pengampunan sulit, tak akan didedah
https://m.malaysiakini.com/news/731193
Diterbitkan: Jan 9, 2025 4:24 PM
Dikemaskini: 5:14 PM

Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengenai bekas Perdana Menteri Najib Razak akan kekal sulit dan tidak akan didedahkan kepada umum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, yang juga ahli lembaga pengampunan berkenaan, mengulangi bahawa butiran mesyuarat adalah diklasifikasikan secara ketat.
"Minit mesyuarat (lembaga pengampunan) adalah perkara sulit. Jadi kita tak boleh buat perkara (dedah butiran kepada umum) itu.
"Itu (minit mesyuarat) hanya hak lembaga pengampuran," katanya, seperti dipetik Berita Harian hari ini.
Dia juga dipetik berkata bahawa minit mesyuarat itu adalah hak prerogatif lembaga pengampunan.
Awal hari ini, Zaliha mengelak daripada menjawab pertanyaan media semasa acara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, menjawab secara ringkas, "Nanti, nanti, nanti," apabila ditanya mengenai isu itu.
Ini berlaku selepas Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mencadangkan agar lembaga pengampunan mendedahkan butiran mesyuarat untuk menamatkan spekulasi mengenai titah adendum itu.
Pada 6 Jan, Mahkamah Rayuan membenarkan Najib meneruskan semakan kehakiman bagi memaksa menteri dalam negeri dan kerajaan menguatkuasakan titah yang oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung tahanan rumah Najib.
Istana Pahang kemudian mengesahkan bahawa Sultan Abdullah menitahkan Najib menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.
Pengesahan itu susulan afidavit yang difailkan pada 5 Dis oleh anak Najib, Nizar, mendakwa Sultan Abdullah telah memaklumkan kepadanya tentang titah adendum berkenaan.
Titah adendum itu adalah titah tambahan kepada titah diraja utama yang mengurangkan hukuman penjara 12 tahun Najib dan denda RM210 juta kepada hukuman penjara enam tahun dan denda RM50 juta.
Hukuman itu adalah berhubung salah guna kuasa, pecah amanah jenayah (CBT) dan kes pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
|
|
|
|
|
|
|
|
Butiran mesyuarat Lembaga Pengampunan Titah Adendum tidak didedahkan – Dr Zaliha.
https://www.kosmo.com.my/2025/01 ... dedahkan-dr-zaliha/
Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
9 Januari 2025, 4:22 pm

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Zaliha pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Kiosk Sentuhan Madani di Pusat Membeli-Belah Alamanda, Putrajaya di sini, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA
PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengesahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan mengenai Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak tidak akan didedahkan kepada umum.
Dr Zaliha yang juga salah seorang ahli dalam Lembaga Pengampunan berkata, butiran minit mesyuarat itu adalah perkara sulit dan ia adalah hak Lembaga Pengampunan.
“Minit mesyuarat adalah perkara sulit. Kita tak boleh buat perkara itu openlah (secara terbuka).
“Itu adalah hak Lembaga Pengampunan. Minit mesyuarat itu tidak akan didedahkan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kiosk Sentuhan MADANI di pusat beli belah Alamanda di sini, hari ini.
Semalam, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR yang juga Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, menyarankan kerajaan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum bagi menghentikan spekulasi berhubung kewujudan Titah Adendum.
Shamsul Iskandar dilaporkan berkata, ia bagi memberi penjelasan sebenar mengenai titah tambahan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.-KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
| |
|