View: 10320|Reply: 3
|
[Tempatan]
Mayat wanita, bayi tepi jalan: 3 warga indon ditahan
[Copy link]
|
|
Mayat wanita, bayi tepi jalan: 3 warga Indonesia ditahan
https://www.bharian.com.my/berit ... a-indonesia-ditahan
Oleh Izz Laily Hussein - Januari 9, 2025 @ 4:34pm
[email protected]

KULAI: Polis menahan tiga termasuk seorang wanita semuanya warga Indonesia bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita dengan bayi yang baharu dilahirkan di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana, Kelapa Sawit di sini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, berkata mereka yang berusia antara 42 hingga 53 tahun itu ditahan sekitar Kulai dan Johor Bahru antara jam 2.30 petang hingga 4.30 petang semalam.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kulai telah membuat tangkapan ke atas ketiga-tiga suspek.
"Kita turut merampas empat telefon bimbit, sebuah kereta, tilam dan tikar," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, semua suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 316 Kanun Keseksaan.
Kelmarin, Seng Lee dilaporkan mengesahkan penemuan mayat wanita yang juga warga Indonesia itu bersama bayi berkenaan.
Katanya, kira-kira jam 8.15 pagi kelmarin, Balai Polis Kelapa Sawit menerima panggilan telefon daripada orang awam memberitahu terlihat seorang wanita terbaring di tepi jalan.
Polis yang bertindak atas maklumat ke lokasi dilaporkan dan mendapati seorang wanita terbaring di tepi jalan bersama seorang bayi lelaki dengan tali pusat belum dipotong.
Beliau juga dilaporkan berkata, tiada sebarang kecederaan luaran pada mayat wanita dan bayi itu, selain turut ditemui satu organ dipercayai uri berhampiran tempat mayat dijumpai.
Bedah siasat ke atas mayat wanita dan bayi itu selesai dijalankan semalam dan punca kematian masih menunggu hasil siasatan makmal.
Pada masa sama, Seng Lee meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan komen yang boleh mengganggu siasatan kes.
"Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang maklumat dengan menghubungi talian hotline 07-6637222," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Laaa hari tu kemain la netizen sedih ingat dia beranak sorang2 kat tepi jalan tu
Rasanya dia meninggal kat rumah tp indon2 tu semua takut nk uruskan jenazah maybe dorang tu pati jd tinggalkan tepi jln moga dijumpai org.
Beranak kat rumah tak berani g hospital sama ada takda duit takpun sbb takde dokumen perjalanan yg sah. |
|
|
|
|
|
|
|
dh tau ko pati xyah la beranak kt cni 
menyemak jer dok mebiak kt cni |
|
|
|
|
|
|
|
kelip2_07 replied at 13-1-2025 03:15 PM
dh tau ko pati xyah la beranak kt cni
menyemak jer dok mebiak kt cni
Tak tahan nak kongkek
Birahi sangat |
|
|
|
|
|
|
| |
|