CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25083|Reply: 1

[Kedah] 'Saya telefon abang berkali-kali sejak 2 hari lalu, tapi gagal...harap mereka bertiga selamat'

[Copy link]
Post time 13-1-2025 01:13 AM | Show all posts |Read mode
'Saya telefon abang berkali-kali sejak 2 hari lalu, tapi gagal...harap mereka bertiga selamat'

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Januari 12, 2025 @ 4:27pm [email protected]




Anggota Maritim Malaysia melakukan pencarian di sekitar lokasi tiga nelayan dilaporkan hilang. Foto ihsan Maritim Malaysia





SUNGAI PETANI: "Saya cuba hubungi telefon bimbit abang berkali-kali, tetapi sampai sekarang masih gagal dan terus berharap dia serta anak dan pekerjanya selamat," kata Asmawadi Zainon, 43.

Beliau berkata, mereka sekeluarga berharap abangnya, Asrulhisham Zainon, 47, dan anaknya, Mohd Aiman, 16, serta pekerja mereka dikenali sebagai Mat Amin,30-an, ditemui segera selepas hilang di laut menangkap ikan sejak dua hari lalu.

Asmawadi berkata, abangnya keluar menangkap ikan bersama anak dan pekerjanya itu pada jam 12.30 tengah hari 9 Januari lalu dan kebiasaannya pulang sekitar jam 3 pagi atau paling lewat pada jam 10 pagi keesokannya.

"Bagaimanapun, sejak kelmarin, saya cuba hubungi abang tetapi gagal menyebabkan saya risau dan terus membuat laporan polis di Tikam Batu.

"Hati saya kuat mengatakan mereka selamat dan berharap operasi mencari mereka oleh pasukan penyelamat dipermudahkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Asmawadi berkata, bot yang dinaiki tiga mereka itu adalah miliknya dan abangnya juga mempunyai pengalaman kerana sudah lama bekerja sebagai nelayan.

Beliau berkata, abangnya mempunyai dua anak dan Mohd Aiman adalah anak bongsunya.

"Kadang-kadang jika ada masa lapang, saya akan ikut abang turun ke laut. Malam ini, kami akan mengadakan bacaan Yasin di surau berhampiran rumah untuk mendoakan mereka semua selamat," katanya.

Media semalam melaporkan, tiga nelayan termasuk dua beranak dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke pangkalan daripada melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat rawai, sejak petang kelmarin.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan sejurus selepas laporan kehilangan mereka diterima dan pangkalan hadapan SAR ditubuhkan di Pusat Operasi Maritim Kedah & Perlis.

Pengarah Maritim Kedah & Perlis, Maritim Romli berkata, operasi SAR membabitkan aset bot Maritim Malaysia, pasukan marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan keluasan sektor pencarian sejauh 51.48 batu nautika persegi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan tiga individu terbabit.

Beliau berkata, pengadu membuat laporan polis yang abangnya keluar bersama anak lelaki turun ke laut dari rumah mereka di Kampung Pengkalan Batu Lintang di Tikam Batu ke Pulau Payar di Kuala Kedah.

"Mangsa menaiki bot berasingan dengan kumpulan nelayan dari Jeti Batu Lintang Tikam Batu dan sepatutnya balik pada jam 4 pagi Jumaat lalu.

"Tetapi, mangsa beritahu kepada kumpulan nelayan bahawa kerjanya masih belum selesai dan kumpulan nelayan itu pulang dulu dan perhubungan mereka terputus di Pulau Payar.

"Ada di antara rakan mangsa dapat kesan lokasi terakhir mereka masih di lokasi sama iaitu di Pulau Payar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Azharuddin berkata, pengadu yang gagal menghubungi mereka sehingga kini kemudian membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan abang, anak saudara serta pekerja mereka itu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1348352/saya-telefon-abang-berkali-kali-sejak-2-hari-lalu-tapi-gagalharap





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2025 01:15 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.044936 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list