CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4044|Reply: 0

[Kedah] Rumah di Kupang terbakar lagi

[Copy link]
Post time 13-1-2025 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 13-1-2025 03:05 PM

Rumah di Kupang terbakar lagi

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
13 Januari 2025 02:27pm




Nor Maidah melihat rumahnya yang hangus dalam kebakaran di Kampung Charuk Kapas, Kupang, Baling.




BALING - Kebakaran terbaharu berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang membabitkan sebuah lagi rumah di Kampung Charuk Kapas lebih kurang jam 9.15 malam Ahad.

Bagaimanapun, kejadian itu masih belum dapat dipastikan sama ada mempunyai kaitan dengan perbuatan khianat ataupun misteri kebakaran yang berlaku berturut-turut di Kupang sejak Disember tahun lalu.


Mangsa, Nor Maidah Hassan, 64, berkata, ketika kejadian, anak lelakinya keluar bekerja sementara dia ke rumah seorang lagi anaknya di Alor Setar.

"Saya terkejut bila dapat tahu rumah terbakar, bila balik tengok semua dah hangus, tak sempat nak selamatkan apa-apa," katanya.

]
Sebuah rumah di Kampung Charuk Kapas, Kupang hanya tinggal rangka selepas terbabit kebakaran.





Sementara itu, anaknya, Muhammad Hakimi Md Noh, 23, berkata, sebelum keluar bekerja, rumah ditinggalkan dalam keadaan baik dan tidak menyangka kebakaran yang tular di media sosial itu kini menimpa keluarganya.

Tahu lah sebelum ini orang duk cerita terbakar sana sini, saya memang berjaga-jaga, orang kampung pun berkawal malam.


"Kebakaran tempat lain itu mereka cerita berlaku pada awal pagi, tak sangka pula rumah saya terbakar waktu malam (belum tengah malam) memang saya selalu ingatkan untuk balik awal ke rumah sebab bimbang kejadian seperti ini lah," katanya.




Muhammad Hakimi (kanan) dan Nor Maidah (kiri) menunjukkan kebakaran di rumah mereka yang berlaku pada Ahad.



Bagaimanapun, dia berkata, setakat ini, pihak bomba atau polis belum memaklumkan punca kejadian dan siasatan masih dijalankan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, kemusnahan melibatkan hampir 80 peratus rumah mangsa terbakar manakala punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Azmi Mokhtar yang mengesahkan menerima sembilan laporan polis mengenai kebakaran di DUN Kupang bermula 24 Disember 2024 hingga 2 Januari lalu.

Beliau berkata, kebakaran disyaki mempunyai kaitan dengan unsur khianat dengan menyasarkan motosikal yang dibakar sebelum dipercayai merebak ke kereta dan rumah.


https://www.sinarharian.com.my/article/706887/edisi/utara/rumah-di-kupang-terbakar-lagi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.240636 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list