View: 4710|Reply: 4
|
[Tempatan]
Sebak lihat kedai hanyut depan mata
[Copy link]
|
|
Oleh Zaid Salim - Januari 14, 2025 @ 11:05am
[email protected]

Pemilik Chalet Bira Pata, Abdul Wahab Othman, 65, sugul selepas dua bilik chaletnya runtuh akibat fenomena ombak besar yang berlaku malam tadi di Kampung Tanjung, Batu Rakit. Hakisan yang semakin mengganas turut memusnahkan sebahagian kedai makan, bangsal serta jeti nelayan kampung berkenaan. - Foto NSTP/Ghazali Kori
KUALA NERUS: "Sebak melihat kedai yang dibina lebih 40 tahun lalu hanyut ke laut depan mata," luah warga emas apabila kedai yang menjadi sumber rezeki keluarganya runtuh dibadai ombak malam tadi.
Manan Ali, 70, berkata dia dan anak lelakinya, tidak berdaya untuk mempertahankan kedai makan dan perusahaan hasil laut di Kampung Pengkalan Maras di sini hanyut dibawa ombak November lalu.
"Tidak sangka hakisan berlaku sangat cepat dan kini merebak ke sini (Kampung Tanjung, Batu Rakit) dalam tempoh hanya beberapa minggu sahaja.
"Kini semuanya (kedai) sudah tinggal kenangan. Saya akan ingat peristiwa ini sampai bila-bila.
"Ketika hakisan mula berlaku di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot dahulu, saya ingat kampung ini selamat kerana ia sudah berlaku lebih 10 tahun lalu tetapi tidak.
"Ia (hakisan) merebak sangat cepat, malah amarah laut di kampung ini paling teruk berbanding kampung sebelum ini sehingga menyebabkan jalan putus," katanya.
Walaupun sedih, katanya, dia reda dan sangat berharap pihak berkuasa dapat mencari penyelesaian segera untuk membantu penduduk di kawasan itu yang diancam masalah hakisan yang sangat kritikal.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
So perkara ni berlaku malam tadi ka November lepas?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tingat masa ribut,ombak besar kat belah Utara haritu rmai walaun wat tiktok konon kondo2 tepi pntai kat Penang dah nak tumbang kena ribut ombak besar.BALA sbb penang negeri Dap katanya...now bila betul2 kena bala kat batang idong sendiri terkedu masing2.ujung2 spin kata ni ujiannn sbb nak cover malu..
 |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihannya. Hilang satu mata pencarian dikala kos hidup serba mahal sekarang ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|