CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3644|Reply: 0

[Tempatan] Botol air tembikai meletup dalam kereta, habis retak cermin depan

[Copy link]
Post time 14-1-2025 02:21 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Cermin hadapan kereta seorang wanita retak selepas penutup botol termos yang disimpan di dalam kereta meletup dan melantun ke arah cermin berkenaan.

Dalam hantaran oleh @pinky_lollipops di TikTok, wanita itu menunjukkan keadaan cermin hadapan yang retak berbentuk bulatan akibat terkena penutup botol termos yang diletakkan di tepi pintu penumpang.



Menurutnya, botol termos tersebut berisi air tembikai yang telah lama ditinggalkan dalam kereta dalam keadaan cuaca panas, menyebabkan ia bergas apabila basi dan meletup akibat tekanan gas tersebut.

Hantaran itu mendapat perhatian ramai di media sosial, dengan rata-rata pengguna memberi amaran agar tidak meninggalkan minuman dalam kereta yang terdedah kepada panas matahari.



“Botol itu memang begitu kalau panas sangat. Saya pernah letak air panas, bila buka penutupnya, macam meletup kecil,” komen Fiina.

“Bahaya. Kalau lah anak-anak ada dalam kereta masa meletup tu, macam mana lah Beringat lah lepas ni,” nasihat Suejef.



“Bukan termos je, apa-apa barang yang bekas macam termos. Contoh, spray lipas, botol air mineral, powerbank memang tak boleh letak dalam kereta secara terus. Pastikan tersorok atau letak dalam beg,” ujar Belle.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.042487 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list