CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22916|Reply: 0

[Tempatan] Tauke kecewa kolam pancing dituba di Pelabuhan Klang

[Copy link]
Post time 14-1-2025 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki berdepan kerugian ribuan ringgit selepas kolam pancing ikan miliknya yang teletak di Pelabuhan Klang, Klang, Selangor didakwa diracun oleh individu tidak dikenali pada Selasa.

Menerusi hantaran yang dipercayai dimuat naik oleh pemilik kolam Sealion Fishing Park Kolam 3A (AAA), Mohd Rizwan turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan individu terbabit.



"Banyak dosa nak kena tanggung ini. Dengan lafaz bismillah, demi ALLAH, demi rasul, aku sumpah pada mereka yang khianat kolam 3A.

"Tidak selamat di dunia dan akhiratnya," tulisnya di laman Facebook miliknya pada Selasa.

Lebih memeritkan apabila Mohd Rizwan berkongsi bahawa hampir semua ikan di kolam Sea Lion Fishing Park Kolam 3A (AAA) mati angkara sikap tidak bertanggungjawab oleh individu tersebut.

Menjengah komen di media sosial, rata-rata kaki pancing bersimpati dengan nasib dialami pengusaha kolam terbabit dan menyarankan supaya segera membuat laporan polis bagi mendapat keadilan.



"Kalau betul kena tuba (racun) panggil polis siasat. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pun bersepah-sepah biar polis buat kerja ini. Bagi kena kena tangkap kalau betul ada nampk si pelaku," kata warganet, Sopi Lagend.

"Oh ini yang semalam (Isnin) banyak ikan yang mabuk rupanya ada khianat, ramai dapat dengan hasil tangguk," komen warganet, Jets Lee.

"Mesti geng-geng kolam juga ini. Kawasan-kawasan situ juga ini, apa pun ada dah bahagian masing-masing. Semoga terus tabah menghadapi ujian," kata warganet, Muhammad Izham.

Setakat berita ini ditulis, tiada sebarang laporan polis dibuat dengan pemilik juga masih tidak memberi apa-apa perkembangan berhubung kejadian khianat di kolam Sea Lion Fishing Park Kolam 3A (AAA).

Sumber: Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.195922 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list