CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5793|Reply: 13

[Dunia] Awas ancaman keganasan baru sedang mendekati Malaysia

[Copy link]
Post time 15-1-2025 04:10 PM | Show all posts |Read mode

PADA permulaan tahun baru, dua insiden teruk berlaku berturut-turut di Amerika Syarikat (AS) iaitu letupan Cybertruck di hotel Trump International, Las Vegas, Nevada, dan rempuhan trak pikap di New Orleans, Louisiana. Kedua-dua insiden ini menunjukkan bahwa keadaan keganasan global semasa ini sangat serius, bahkan dalam negara kuasa besar seperti AS.


Ini mengingatkan saya kepada kejadian keganasan di Thailand pada tahun 2015. Disebabkan ketidakpuasan terhadap kerajaan Thailand yang mengembalikan pendatang asing tanpa izin yang beretnik Uyghur, Pergerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) melakukan letupan bom di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan Kuil Erawan dan pusat beli-belah Bangkok.


Pengeboman berkenaan menyebabkan 20 orang terbunuh dan 125 orang cedera, yang sebahagian besar dari Malaysia, Thailand, China, Indonesia dan Singapura. Antaranya lima orang maut daripada sebuah keluarga Malaysia yang sedang melancong di Bangkok dan hanya dua orang selamat. Dua orang ini bukan hanya mengalami kecederaan serius, tetapi juga menderita kematian anggota keluarga. ETIM telah dianggap sebagai pertubuhan keganasan oleh Majlis Keselamtan PBB sejak tahun 2002 dan dimasukkan ke dalam senarai pertubuhan keganasan negara kita sejak tahun 2014.


Tidak syak lagi ini merupakan sebuah tragedi teruk yang berlaku sepuluh tahun lepas,  dan tragedi yang serupa mungkin akan berlaku lagi di bumi kita. Setakat ini, ETIM dan ahli-ahlinya masih aktif di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, satu organisasi yang mempunyai hubungan erat dengan ETIM, iaitu Kesatuan Antarabangsa Pertubuhan Turkistan Timur (IUETO), telah bersedia untuk menubuhkan cawangan di Malaysia.


Pengerusi IUETO, Hidayet Oguzhan, juga memegang jawatan pemimpin di EITM. Menurut Institute for Strategic Research at the Military School (IRSEM) yang di bawah Kementerian Pertahanan Perancis, organisasi utama yang memainkan peranan pemimpin di dalam IUETO iaitu East Turkistan Education and Solidarity Association (ETESA) ditubuhkan oleh bekas anggota ETIM. Selain itu, pemimpin ETIM, Abduqadir Yapchan memegang sumber media IUETO bagi mengyampaikan suara melalui media yang dikawal oleh IUETO (mouthpiece media) dan dia juga sering diundang untuk menghadiri aktiviti IUETO.


Tahun ini ialah Tahun Peringatan Ke-10 Kejadian Letupan Bangkok. Ahli keluarga mangsa dalam kejadian ini menerima temu ramah media.


“Insiden yang berlaku pada sepuluh tahun yang lalu telah menjadi luka yang tak akan padam dalam hati saya. Saya tidak pernah tidur dengan selesa dalam sepuluh tahun ini dan sentiasa mencederakan diri sendiri tanpa kawalan,” kata seorang ahli keluarga mangsa.


“Masih tak cukupkah mereka membunuh orang di Thailand, sekarang mahu membunuh di Malaysia juga, adakah Malaysia boleh membenarkan organisasi yang membantu jenayah pembunuhan bagi membina cawangan di negara ini?” dia mengatakan dengan kecewa apabila diketahui IUETO akan menubuhkan cawangan di Malaysia, dan IUETO berkaitan rapat dengan pertubuhan secara langsung menyebabkan pengalaman hidup buruknya.


“Negara kita merupakan sebuah negara yang tinggi tolorensi, aktif mempertahankan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia. Saya tegas menentang organisasi seperti ini menubuhkan cawangan di Malaysia, derita saya serta ahli keluarga saya ini masih belum menjadi peringatan? Kerajaan mesti menolak permohonan IUETO untuk menubuhkan cawangan di negara ini,” kata seorang ahli keluarga mangsa lain dengan marah.


Dalam hal ini, pakar anti keganasan menyatakan bahawa disebabkan IUETO dan ETIM mempunyai hubungan rapat, jika IUETO menubuhkan cawangan di Malaysia, terdapat kemungkinan cawangan ini akan mempertahankan hak asasi etnik uyghur melalui kekerasan, serta merancang serangan keganasan yang akan mengancam keselamatan negara. Pihak berkuasa harus bersikap waspada tinggi terhadap gerakan IUETO di Malaysia dan berhati-hati dalam mengurus permohonan pendaftaran cawangannya.


Sebelum ini, IUETO dilaporkan telah membangunkan hubungan rapat dengan NGO tempatan seperti ABIM, GPM dan MAPIM, dan IUETO sering melaksanakan aktiviti- aktiviti bersama NGO tersebut di Malaysia. Ini adalah hal yang sangat berbahaya. Adalah diharapkan NGO tempatan memberi perhatian kepada hal ini dan jangan tertipu atau dieksploitasi oleh NGO luar negeri yang menyamar sebagai etnik uyghur. Kami seharusnya mengambil berat tentang nasib saudara etnik uyghur, tetapi kami tidak boleh membiarkan negara kita menjadi tempat pembiakan keganasan.


https://suaramerdeka.com.my/awas-ancaman-keganasan-baru-sedang-mendekati-malaysia/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 09:38 PM | Show all posts
yg masuk...indon...bangla
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 10:01 PM | Show all posts
Semoga pihak berkuasa dapat mengesan dan gagalkan mereka. Sebab itulah negara mesti bersihkan pati-pati yang terlampau ramai berkeliaran. Kita tidak tahu siapa mereka sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 12:43 AM | Show all posts
Negara kita merupakan sebuah negara yang tinggi tolorensi, aktif mempertahankan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia


KECUALI hak asasi rakyat sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Motto kami adalah...'SUDAH TERHANTUK...BARU TERNGADAH'.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:31 AM | Show all posts
He he he...kalau kerajaan meluluskan permohonan IUETO tu, tak tahu berapakah bom akan diletup di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2025 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian orang Uighur, meols support Turkestan Timur. Sekurang2 mereka angkat senjata untuk dibebaskan dari Republik China.

Yang takut mungkin Etnis Cina Malaysia (Han).
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:49 AM | Show all posts
Doa yg baik-baik utk Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2025 02:32 PM | Show all posts
Edited by idadin2 at 17-1-2025 03:03 PM

Semoga K'rajaan negara ni menghalang hal ni jika pertubuhan IUETO ini mmg mempunyai hubungan rapat dengan organisasi terorisme
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 04:38 PM | Show all posts
dani-rox replied at 16-1-2025 12:43 AM
KECUALI hak asasi rakyat sendiri

Ya betul.

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2025 02:09 PM | Show all posts
Semoga kerajaan tdk membiarkan kuasa luar membawa terorisme ke negara ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 02:35 PM | Show all posts
Hak dan kepentingan rakyat tak boleh diabaikan kerana melindungi orang uyghur
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 02:52 PM | Show all posts
First step cuba check NGO kat Malaysia ni. Kebanyakan ada agenda masing2 dlm diam. Selain tu tempat cuci duit & merempan ikut musim nak tunjuk aktif. Prfff...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 03:14 PM | Show all posts
Sy ingat IUETO tu pernah melakukan banyak aktiviti keganasan sebelumnya, benar2 takut jika mereka berjaya menubuhkan cawangan di Malaysia. Kerajaan wajar menghalang organisasi tu yg mempunyai hubungan erat dengan ETIM masuk ke negara ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.211929 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list