CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13080|Reply: 0

Kazakhstan terima data kotak hitam pesawat Azerbaijan Airlines

[Copy link]
Post time 16-1-2025 07:16 AM | Show all posts |Read mode

Pandangan dron menunjukkan pakar kecemasan bekerja di tapak nahas pesawat penumpang Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan pada 25 Disember 2024. FOTO REUTERS

Astana (Kazakhstan): Dua kotak hitam milik pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) yang terhempas berhampiran Aktau telah dihantar ke Kazakhstan dari Brazil, lapor Agensi Berita Kazinform memetik kementerian pengangkutan.

Data yang telah dinyahsulit daripada perakam penerbangan (kotak hitam) yang dihantar ke Kazakhstan sedang dikaji oleh pakar, menurut kementerian itu.

Laporan awal ditetapkan untuk dikeluarkan berikutan penyiasatan menyeluruh ke atas semua fakta dan bahan oleh suruhanjaya penyiasatan nahas pesawat mengikut piawaian dan amalan disyorkan dalam Lampiran 13 ICAO. Ia akan merangkumi maklumat fakta mengenai penyiasatan itu.

Terdahulu, Kazinform melaporkan bahawa pakar dari Pusat Penyiasatan dan Pencegahan Kemalangan Aeronautik (Cenipa) Tentera Udara Brazil telah mula menganalisis data daripada kotak hitam pesawat Embraer 190 milik Azerbaijan Airlines.

Pada 30 Dis, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa siasatan menyeluruh, tidak berat sebelah, dan telus terhadap nahas tragik membabitkan pesawat Azerbaijan Airlines penerbangan 8243 pada 25 Disember 2024.

Pesawat Azerbaijan Airlines yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny itu terhempas berhampiran Aktau, Kazakhstan. Pesawat itu membawa 67 orang termasuk lima kru. Tragedi itu mengorbankan 38 orang manakala 29 lagi terselamat.

sumber






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.617736 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list