CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12688|Reply: 0

Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza

[Copy link]
Post time 16-1-2025 07:41 AM | Show all posts |Read mode

Penunjuk perasaan di Berlin, Jerman mengibar bendera Lubnan dan Palestin meraikan gencatan senjata. - Foto REUTERS

ISTANBUL: Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas, yang dijangka berkuat kuasa pada Ahad ini, lapor Agensi Anadolu (AA).

Ketiga-tiga negara itu mengumumkan bahawa "pihak-pihak yang terlibat dalam konflik di Gaza telah mencapai persetujuan untuk pembebasan tebusan sebagai pertukaran dengan tebusan dan tahanan serta kembali kepada ketenangan yang mampan, dengan matlamat akhirnya mencapai gencatan senjata kekal antara pihak-pihak terbabit," menurut kenyataan Kementerian Luar Qatar.

"Perjanjian itu dijangka berkuat kuasa mulai 19 Januari 2025," tambah kenyataan bersama itu.

"Perjanjian yang dicapai oleh kedua-dua pihak merangkumi tiga peringkat.

"Peringkat pertama, yang berlangsung selama 42 hari, melibatkan gencatan senjata, pengunduran tentera Israel dari kawasan berpenduduk, pertukaran tebusan dan tahanan, kepulangan rakyat Palestin ke rumah mereka serta pemindahan pesakit dan mereka yang cedera untuk mendapatkan rawatan," menurut kenyataan itu.



Ia turut merangkumi penghantaran bantuan kemanusiaan berskala besar, termasuk bekalan perubatan, makanan, bahan bakar dan bahan untuk tempat perlindungan.

Hospital, pusat kesihatan dan kedai roti akan dibaik pulih, sementara bekalan untuk pertahanan awam juga akan dihantar.

Ketiga-tiga negara itu mengesahkan peranan mereka sebagai penjamin untuk memastikan semua peringkat perjanjian dilaksanakan sepenuhnya.

Perantara akan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan antarabangsa untuk mengawasi proses itu serta menyokong aliran bantuan ke Gaza. Mereka turut menggesa negara lain untuk menyertai usaha tersebut di bawah mekanisme yang ditetapkan bagi melaksanakan perjanjian itu.– BERNAMA-AA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.833728 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list