CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27036|Reply: 12

[Tempatan] 'Generasi muda Malaysia perlu ada keberanian tolak rasuah, ekstremisme' - PM

[Copy link]
Post time 17-1-2025 11:50 PM | Show all posts |Read mode



LONDON: Generasi baharu dan muda Malaysia perlu mempunyai keberanian untuk menolak rasuah, perkauman dan ekstremisme agama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Dalam membuat gesaan itu, Anwar berkata, meskipun Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan aman, terdapat pihak yang cuba memecahbelahkan negara dengan ekstremisme perkauman dan agama.

"Dalam konsep MADANI kami, kami tidak bertolak ansur tentang isu seperti rasuah, pemimpin memboroskan kekayaan, tidak kira ia gabungan yang sama atau tidak," katanya ketika sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan di London School of Economics (LSE) di sini hari ini.

Anwar berkata, meskipun perlembagaan menjamin hak majoriti Muslim, Melayu dan bumiputera, terdapat kumpulan yang menggunakan dasar berasaskan kaum, menghina dan menimbulkan kebencian terhadap kaum lain.

"Saya akan tegas dalam hal ini. Mereka boleh mengkritik saya kerana dasar saya tetapi tidak boleh menggunakan isu kaum dan agama," katanya.

Anwar, yang dalam lawatan kerja lima hari di sini, berkata Malaysia dahulu mempunyai potensi untuk berkembang tetapi hal itu dimusnahkan berikutan tadbir urus yang lemah dan ketamakan.

"Saya mahu orang muda faham ini. Perlu ada keberanian untuk mengatakan tidak kepada rasuah dan ketaasuban agama," katanya sambil menambah toleransi diperlukan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Kira-kira 500 pelajar dan pensyarah menghadiri syarahan itu termasuk pelajar Malaysia yang menuntut di LSE.

Dalam syarahan itu, Anwar juga menyentuh mengenai dwistandard dalam mentakrifkan hak asasi manusia, peraturan dan norma.

"Apabila pelajar kolej dan universiti di seluruh dunia bersatu menentang kekejaman pendudukan Israel dan projek penjajahan Palestin, ada negara bertindak balas dengan keras dan mereka ini bukan pemerintahan diktator atau autokrasi tetapi kononnya contoh unggul kebebasan dan demokrasi," katanya.

Ditanya mengapa Malaysia masih belum memeterai Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967, Anwar berkata kerajaan Malaysia melayan pelarian dengan baik walaupun bukan sebahagian daripada konvensyen itu.

"Kami mempunyai beberapa juta pekerja dan pelarian haram di Malaysia termasuk kira-kira 200,000 daripada Myanmar. Sama ada pelarian atau pekerja haram, pendirian kami ialah layanan bersifat kemanusiaan mesti diberikan," tambahnya.

SUMBER: Berita Harian


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ekstremism tu aku faham, tp yg tolak rasuah tu Bangnon nk tuju kat sapa??

Bkn dulu Bangnon kata UMNO yg rasuah??.... Nk suruh tolak UMNO ka
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Politician biasalah....balik2 cakap pasal rasuah...padahal diaorang pun hidup dgn rasuah.
Madanon naik private jet sana sini...tiber owner private jet dapat contract berbillion...padahal middle man jer...dapatlah komisen tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Generasi muda tolak rasuah , generasi tua dok hidup dgn rasuah mmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling anti rasuah

Nak tipu walanon PAN boleh la
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau orang muda tolak rasuah,ko dgn tpm ko dah kawan dengan najib kat dalam la matttt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2025 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Wutoh ah hang punya ayat. Supa pelaqqq
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Lan  Cau  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Lupa ke lagu hoi ya hoi.. extremism madanon yg melampau pun patut ditolak
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ekstrimism yg request "Mandarin Speaking Only" di portal kerja...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 01:37 PM | Show all posts
perlu mempunyai keberanian untuk menolak rasuah, perkauman dan ekstremisme agama, kata Perdana Menteri

ada 3 benda dia sebut. Baca slow2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
x guna gak kalo generasi muda je yg tolak rasuah tapi generasi dinosaur tetap x berubah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 03:16 PM | Show all posts
anwar harus jadi pm untuk hapuskan rasuah.. tapi anwar harus berkerjasama dengan team rasuah untuk jadi PM, barulah anwar boleh hapuskan rasuah.. tapi anwar takleh hapuskan team rasuah, sebab nanti anwar takleh kekal jadi PM.. kalau anwar tak kekal jadi PM, macam mana nak hapuskan rasuah? so anwar kenalah kekal bekerjasama dengan team rasuah untuk kekal sebagai PM.. dah jadi PM barulah anwar boleh hapuskan rasuah.. tapi rasuah tak terhapus selagi team rasuah masih wujud.. tapi anwar harus berkerjasama dengan team rasuah untuk jadi PM, barulah anwar boleh hapuskan rasuah.. tapi anwar takleh hapuskan team rasuah, sebab nanti anwar takleh kekal jadi PM.. kalau anwar tak kekal jadi PM, macam mana nak hapuskan rasuah? so anwar kenalah kekal bekerjasama dengan team rasuah untuk kekal sebagai PM.. tapi anwar takleh hapuskan team rasuah, sebab nanti anwar takleh kekal jadi PM.. kalau anwar tak kekal jadi PM, macam mana nak hapuskan rasuah? so anwar kenalah kekal bekerjasama dengan team rasuah untuk kekal sebagai PM..

begitulah sampai abang jamil mampos atau cukup penggal 5 tahun

dia macam paradoks la.. serupa macam telur dengan ayam mana datang dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.808949 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list