CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18865|Reply: 0

[Tempatan] Dah 4 hari lelaki warga emas masih hilang lepas masuk kebun sawit

[Copy link]
Post time 18-1-2025 01:31 PM | Show all posts |Read mode
KLUANG – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya di Batu 17 Jalan Kluang – Kahang pada Rabu masih gagal ditemui sehingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, pencarian oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) yang dilakukan oleh 59 pegawai dan anggota dari pasukan Polis, Pasukan Gerakan Am dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) semalam tidak menemui mangsa.



Katanya, pencarian Lee Siew Hat berusia 73 Tahun yang tinggal di Taman Kahang Baru di Kahang itu diperluaskan hingga ke perkampungan Orang Asli Sedohok kira-kira lima kilometer dari Pintu Gate Rekod terakhir Orang Hilang (OH) keluar.

“Kekuatan pasukan pencarian masih dikekalkan iaitu 30 pegawai dan anggota Polis, tiga anggota K9 Segamat, 18 pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Lapan anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat serta Bomba Sukarela Kahang.

“Bagaimana pun hingga tengahari hari ini OH masih gagal ditemui dan pencarian akan diteruskan hingga lewat petang nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.292056 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list