CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14434|Reply: 0

Israel berhak 'sambung perang di Gaza jika perlu' dengan sokongan Amerika - Benjamin Netanyahu

[Copy link]
Post time 19-1-2025 09:09 AM | Show all posts |Read mode

Netanyahu berkata, Israel berhak meneruskan semula peperangan di Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS), sambil berikrar untuk membawa pulang semua tebusan yang ditahan di wilayah Palestin. - Foto REUTERS

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran, Israel berhak untuk menyambung semula pertempuran dengan Hamas jika perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan pejuang Palestin itu gagal - dan tindakan berkenaan akan mendapat sokongan dari Amerika Syarikat (AS).
Pada masa sama, Netanyahu berikrar untuk membawa pulang semua tebusan yang ditahan di wilayah Palestin.

"Kami berhak untuk menyambung semula peperangan jika perlu, dengan sokongan Amerika," kata Netanyahu dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen pada Sabtu - sehari sebelum gencatan senjata berkuat kuasa.

"Kami sentiasa memikirkan semua tebusan kami... saya berjanji kepada anda bahawa kami akan mencapai semua matlamat kami dan membawa pulang semua tebusan.

"Dengan perjanjian ini, kami akan membawa pulang 33 saudara lelaki dan perempuan kami, sebahagian besar daripada mereka masih hidup," katanya.

Beliau berkata, fasa pertama selama 42 hari yang bermula pada Ahad adalah "gencatan senjata sementara.""Jika kami terpaksa menyambung semula peperangan, kami akan melakukannya dengan kekuatan," kata Netanyahu, sambil menambah bahawa Israel telah "mengubah wajah Timur Tengah" sejak peperangan itu bermula.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.082880 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list