CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24378|Reply: 0

[Dunia] Tak nak bayar hutang-Isteri cuba tipu bank, beri foto batu nisan, pengebumian

[Copy link]
Post time 19-1-2025 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara tidak mahu membayar hutang, seorang isteri sanggup memalsukan kematian suaminya.

Penipuan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 41 tahun dan 38 tahun itu ditahan polis.

Kes bermula apabila pasangan tersebut berjaya memperoleh pinjaman peribadi berjumlah RM20,633 dari sebuah bank pada Mac 2024.



Namun, pada November 2024, mereka telah membuat laporan palsu kepada bank berkenaan.

"Suspek didakwa memalsukan sijil kematian. Kami sedang menjalankan siasatan lanjut.

"Sebelum tempoh kontrak tamat, mereka melaporkan kepada bank bahawa pemiutang meninggal dunia pada November 2024," kata Ketua Polis Daerah Jember, AKBP Bayu Pratama Gubunagi.

Kedua-dua suspek berasal dari Daerah Sumbersari, Jember, Indonesia.

Bagi meyakinkan bank, si isteri turut menyertakan gambar pengebumian dan batu nisan yang tertera nama suaminya.

Tujuannya adalah untuk menghapuskan tanggungjawab membayar ansuran pinjaman sebanyak RM20,633.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.040368 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list