CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30076|Reply: 0

'Isu teknikal' dihadapi Hamas berkait soal komunikasi yang terhad

[Copy link]
Post time 19-1-2025 05:26 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA perkhidmatan kecemasan awam Palestin meraikannya walaupun gencatan senjata telah ditangguhkan antara Israel dan Hamas berhubung senarai tebusan di Gaza. FOTO Reuters

Baitulmaqdis: Masalah 'isu teknikal' yang diberikan Hamas kerana lewat memberikan senarai nama tahanan yang akan dibebaskan merujuk kepada soal komunikasi sesama anggota Hamas selain turut membabitkan keselamatan mereka.

AlJazeera melaporkan, Hamas dan anggotanya tidak berkomunikasi secara konvensional.

"Mereka berkomunikasi bukan dengan cara konvensional. Ia bukan semudah mengangkat telefon dan memutuskan ke mana hendak pergi atau ke mana untuk mencari seseorang. Ia jauh lebih kompleks.

"Dengan dron yang digunakan di langit Semenanjung Gaza dan dengan jet pejuang, pergerakan menjadi sangat terhad," lapor AlJazeera.

Menurutnya, ia adalah alasan teknikal yang dikemukakan Hamas memandangkan mereka tidak bergerak bebas dan ia akan mengambil masa untuk mendapatkan senarai itu.

"Setakat ini, tiada siapa yang tahu di mana tahanan berada, dan ia akan mengambil masa.

"Dalam tempoh tiga hari ini, pengeboman dan serangan dron semakin sengit," katanya.

Menurut laporan itu, pergerakan anggota Hamas perlu dilakukan berhati-hati kerana ia mungkin mengancam keselamatan mereka.

"Sekarang bayangkan jika anda berada dalam senarai, jika anda dikehendaki, jika anda adalah ahli kumpulan pertempuran dan anda bergerak berdasarkan arahan, rantaian utusan yang memindahkan mesej dan komunikasi rahsia.

"Ia semestinya mengambil masa yang lama. Ia juga memerlukan kewaspadaan yang tinggi serta ketekunan untuk mengelakkan kecederaan," katanya.

Menurutnya, tawanan berada di mana-mana lokasi dan tidak mengejutkan jika ada di antara mereka berada di utara Gaza, Bandar Gaza, kawasan tengah atau bandar Rafah.

"Tiada siapa yang tahu lokasi sebenar.

"Malah, dengan kemusnahan selama 15 bulan ini dan serangan berterusan, secara teknikal ia pasti menghalang sesiapa sahaja dari pucuk pimpinan hingga ke akar umbi daripada berkomunikasi dengan betul dan mengesan setiap seorang daripada tawanan ini berkaitan keberadaan mereka, tentang keselamatan mereka," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.092197 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list