CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30170|Reply: 0

Padah biar anak singa 'bebas'

[Copy link]
Post time 19-1-2025 05:30 PM | Show all posts |Read mode

ANAK singa memanjat dan bergerak bebas di dalam kereta. FOTO Agensi.

Bangkok: Padah memindahkan anak singa tanpa langkah keselamatan, seorang lelaki warga Thailand disiasat Jabatan Taman Negara (DPN) kerana melanggar peraturan.

Portal The Thaiger melaporkan, lelaki penjaga sah itu boleh dikenakan hukuman termasuk penjara sehingga setahun dan denda 100,000 baht (kira-kira RM13,047).

Video menunjukkan seekor anak singa memanjat serta bergerak bebas di dalam kereta yang dikongsi di Facebook lelaki itu tular dan menarik perhatian warganet.

Bagaimanapun ia menjadi isu serius apabila hantaran itu tiba-tiba hilang daripada Facebook didorong siasatan lanjut pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan, Atthaphon Charoenchansa dilapor Matichon Online, Khamis lalu sebagai berkata, aspek memindahkan haiwan secara selamat perlu diberi penekanan, meskipun kecomelan ia mengundang perhatian.

Bagi menjamin keselamatan manusia dan haiwan, protokol ketat menuntut sangkar tertutup sepenuhnya untuk sebarang pemindahan haiwan, kata Atthaphon.


"Jika kamu ingin membawa haiwan untuk pameran atau memindahkannya kepada pihak lain, paling penting adalah dapatkan kebenaran," katanya.

Lebih khusus apabila memindahkan singa yang memerlukan persetujuan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES), lapor KhaoSod.

Kes itu melanggar pelbagai peraturan, termasuk Seksyen 19 Peraturan Taman Negara, mengenai hidupan liar dan bangkai terkawal, serta melanggar Akta Pemuliharaan dan Perlindungan Hidupan Liar B.E. 2019.

Kata Atthaphon, akibat perbuatan itu, individu berkenaan boleh dipenjara atau denda.

"Insiden ini dikesan berlaku di sini (Bangkok), dan pegawai kami kini sedang melakukan siasatan lanjut," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.054021 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list