CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30126|Reply: 0

Lebih 70 orang ditahan dalam perhimpunan pro-Palestin di London pada malam gencatan senjata Gaza

[Copy link]
Post time 19-1-2025 05:39 PM | Show all posts |Read mode

Penganjur telah merancang untuk berhimpun di luar pejabat BBC di London untuk membantah apa yang mereka katakan sebagai "kecondongan pro-Israel" oleh penyiar awam dalam liputan berita mengenai konflik di Gaza. - Foto AGENSI

LONDON: Lebih 70 orang ditahan dalam perhimpunan pro-Palestin yang disertai beribu-ribu orang di tengah London semalam, pada malam sebelum gencatan senjata antara Israel dan Hamas bermula.

Kebanyakan mereka ditahan atas tuduhan melanggar perimeter yang dibenarkan untuk protes berhampiran bangunan kerajaan utama di tengah London.

Gencatan senjata yang berkuat kuasa pada pagi ini membabitkan pembebasan tebusan Israel yang ditahan oleh Hamas dan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel, pengunduran tentera Israel dari kawasan padat penduduk di Gaza serta peningkatan penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan dilanda perang.

"Kami sangat berharap untuk bersikap 'optimistik' mengenai gencatan senjata.

"Dan jadi, kami perlu berada di jalanan untuk memastikan gencatan senjata ini kekal," kata Sophie Mason, 50 kepada AFP, seorang wanita peserta tetap dalam demonstrasi pro-Palestin di ibu kota Britain.

Menurut Polis Metropolitan, penahanan 70 peserta demonstrasi itu adalah jumlah terbesar sejak perhimpunan dimulakan di London pada Oktober 2023.

Demonstrasi itu dirancang untuk menjadi perhimpunan statik di Whitehall, kawasan pejabat utama kerajaan Britain, selepas polis menolak laluan awal yang dicadangkan penganjur, yang menurutnya akan berada di kawasan berhampiran sebuah tempat ibadat atau sinagoga.

Namun, polis berkata terdapat 'usaha terancang' oleh Kempen Solidariti Palestin (PSC) untuk melanggar syarat ditetapkan, selepas beberapa penunjuk perasaan bergerak dari Whitehall dan menuju ke Trafalgar Square.

"Ini jumlah tangkapan tertinggi yang kami saksikan, sebagai tindak balas terhadap peningkatan jenayah yang paling signifikan.

"Siasatan kini sedang dijalankan dan kami akan berusaha sedaya upaya memulakan pendakwaan terhadap mereka yang dikenal pasti," kata komander polis Adam Slonecki dalam satu kenyataan.

PSC sebelum ini menggelar sekatan polis sebagai penindasan'.

Dalam demonstrasi itu, peserta memegang plakad dengan slogan seperti 'Hentikan pemberian senjata kepada Israel' dan 'Hentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza' sambil melaungkan secara slogan, 'Dari sungai ke laut, Palestin akan bebas'.

"Jelas, kami gembira ada gencatan senjata," kata Linda Plant, seorang pesara dari London, namun beliau menyatakan serangan Israel ke atas Gaza tetap berterusan sejak perjanjian gencatan senjata diumumkan pada Rabu.

"Kami perlu memberi tekanan untuk memastikan gencatan senjata ini kekal supaya bantuan antarabangsa sampai ke Gaza," kata Ben, 36, seorang ahli kesatuan pekerja yang hanya berkongsi nama panggilannya.

Menurut Polis Metropolitan, seramai 65 penunjuk perasaan ditahan atas tuduhan melanggar syarat protes, manakala yang lain ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan termasuk serangan, menyokong kumpulan yang diharamkan dan menghalang polis.

Turut kelihatan kira-kira 100 penunjuk perasaan yang mengibarkan bendera Israel berkumpul berdekatan sebagai tanda sokongan kepada regim Zionis.

Serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel mencetuskan peperangan dan mengakibatkan kematian 1,210 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi Israel.

Daripada 251 orang yang dijadikan tebusan, 94 masih berada di Gaza, termasuk 34 yang menurut tentera Israel sudah meninggal dunia.

Serangan balas dendam Israel memusnahkan sebahagian besar Gaza, mengorbankan 46,899 orang, kebanyakannya orang awam, menurut angka dari kementerian kesihatan wilayah yang dikendalikan Hamas yang dianggap boleh dipercayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.045975 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list