CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30672|Reply: 0

Wuhan usaha hapus label pandemik selepas lima tahun cetus wabak

[Copy link]
Post time 19-1-2025 05:43 PM | Show all posts |Read mode

Kakitangan perubatan memakai pakaian pelindung di luar Hospital Palang Merah Wuhan pada 25 Januari 2020, dua hari selepas bandar itu memasuki mod berkurung. - Foto AFP

WUHAN: Hospital Huoshenshan di Wuhan yang siap dibina hanya dalam tempoh beberapa hari selepas lonjakan kes COVID-19 pernah dianggap sebagai simbol perjuangan menentang virus yang mula merebak di bandar China itu.

Bagaimanapun hospital itu terbiar kosong, terselindung di sebalik tembok yang baru dibina, semakin 'pudar' seperti kebanyakan kesan pandemik apabila penduduk tempatan sudah melupakannya dan pihak berkuasa menghalang perbincangan lanjut mengenainya.



Pada 23 Januari 2020, dengan virus yang ketika itu belum dikenal pasti merebak, Wuhan melaksanakan perintah berkurung ketat selama 76 hari, membuka era jangkitan sifar-COVID-19, susulan China memperkenalkan kawalan ketat terhadap perjalanan dan kesihatan, serta meramalkan gangguan global akan datang.

Hari ini, ia kembali menjadi daerah membeli-belah sibuk dengan kesesakan trafik di bandar itu jauh berbeza daripada jalan-jalan kosong dan bilik kecemasan yang sesak, menandakan pelaksanaan perintah berkurung COVID-19 pertama di dunia.

"Orang ramai sudah melupakannya dan menjalani kehidupan yang bergerak pantas, kenangan pandemik itu ini semakin samar," kata pelajar universiti, Jack He, 20 yang berasal dari Wuhan kepada AFP.

Ketika pandemik dia belajar di sekolah menengah ketika perintah berkurung dikenakan dan banyak menghabiskan tahun kedua persekolahannya dengan mengikuti kelas dalam talian dari rumah.

"Kami masih merasakan tempoh beberapa tahun itu sangat sukar... tetapi kehidupan baru sudah bermula," katanya.

Sementara itu, bekas tapak Pasar Borong Makanan Laut Huanan, tempat di mana saintis percaya virus mungkin berpindah dari haiwan ke manusia, tembok biru muda dibina untuk menutup pandangan terhadap gerai-gerai pasar yang sudah ditutup.

Ketika AFP membuat tinjauan, pekerja sedang memasang hiasan Tahun Baru Cina di tingkap tingkat dua pasar itu, di mana sebuah rangkaian kedai optometris masih beroperasi.

Tiada apa mercu tanda penting kelihatan di lokasi itu, tetapi tiada memorial peringatan utama untuk mengingati nyawa yang terkorban akibat virus di bandar ini.

Upacara rasmi memperingati penderitaan Wuhan semasa perintah berkurung memberi tumpuan kepada wira doktor dan kecekapan bagaimana bandar itu bertindak balas terhadap penularan jangkitan, walaupun mendapat kritikan antarabangsa terhadap penyekatan kerajaan tempatan terhadap kes-kes awal pada Disember 2019.

Gerai-gerai lama pasar itu dipindahkan ke pembangunan baru di luar pusat bandar, di mana jelas bandar itu masih berhati-hati mengenai reputasinya sebagai tempat asal pandemik.

Lebih daripada 12 peniaga di Pasar Makanan Laut Huanan Baru enggan bercakap mengenai masa lalu pasar itu.

Salah satu daripada beberapa peringatan awam yang masih tinggal mengenai perintah berkurung itu terletak bersebelahan dengan hospital Huoshenshan yang terbiar, sebuah stesen minyak berfungsi sebagai pangkalan pendidikan anti-pandemik COVID-19.



Salah satu dinding stesen itu didedikasikan kepada garis masa perintah berkurung, lengkap dengan gambar-gambar yang telah pudar menunjukkan Presiden Xi Jinping melawat Wuhan pada Mac 2020.

Di jalan membeli-belah Chuhe Hanjie yang mewah, orang ramai bersiar-siar dengan anjing dan menggayakan pakaian pereka sambil yang lain beratur mengambil pesanan teh boba.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.060649 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list