CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8060|Reply: 0

Khabar gembira buat penganggur, kini boleh kerja di pejabat

[Copy link]
Post time 20-1-2025 09:28 AM | Show all posts |Read mode

Perkhidmatan itu menyediakan penyelesaian sementara buat mereka yang enggan mendedahkan status penganggur kepada ahli keluarga masing-masing. Foto Agensi

BEIJING - Demi untuk mengelakkan stigma buruk masyarakat, satu perkhidmatan disediakan buat golongan penganggur di China.

Dengan harga serendah 30 yuan (RM18) sehari, individu boleh menyewa ruang pejabat dan berpura-pura menjadi pemilik perniagaan.

"Perkhidmatan itu menyediakan penyelesaian sementara buat mereka yang enggan mendedahkan status penganggur kepada ahli keluarga masing-masing," lapor South China Morning Post.

Di wilayah utara Hebei, iklan memaparkan perkhidmatan itu turut mendapat perhatian warganet dan meraih lebih 100 juta tontonan.

Ada yang memberi respons positif dengan menganggapnya sebagai kelegaan psikologi dan ada yang berpendapat sebaliknya.

Pakej itu termasuk ruang pejabat yang beroperasi bermula jam 10 pagi hingga lima petang dan makan tengah hari.

Satu lagi pakej eksklusif bernilai 50 yuan (RM30) membolehkan klien menjadi 'bos' dengan ruang pejabat lebih selesa.

Pemilik ruang pejabat olok-olok itu menjelaskan konsep tersebut diinspirasikan daripada peningkatan jumlah golongan diberhentikan kerja oleh syarikat-syarikat besar ketika pandemik Covid-19.

Isu pengangguran kekal menjadi kebimbangan utama di China dengan kadar kumpulan umur 16-24 tahun dilaporkan melonjak kepada 21.3 peratus pada Jun 2023.

Hal itu menyebabkan pemerintah menghentikan pengeluaran data pengangguran selama beberapa bulan dan mengecualikan kumpulan pelajar yang kemudiannya menyaksikan kadar itu menurun kepada 16.1 peratus menjelang November 2023. - Agensi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.689932 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list