CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9408|Reply: 0

Model China ditemukan selamat

[Copy link]
Post time 20-1-2025 03:57 PM | Show all posts |Read mode

YANG Zeqi, FOTO Weibo

Beijing: Seorang model China yang hilang hampir sebulan akhirnya ditemukan dan selamat pulang ke negaranya, kata polis Thailand pada Sabtu lalu.

Bangkok Post melaporkan, kedutaan China mengesahkan Yang Zeqi, 25, sudah pulang ke tanah air, kata Chatchai Pitaneelaboot, inspektor jeneral dengan Pejabat Polis Diraja Thai, yang berada di daerah Mae Sot di Tak pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, bapa Yang meminta Ketua Polis Negara Kittharath Punpetch untuk mempercepatkan usaha mencari anaknya, ke Thailand kerana menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem.

Selepas tiba di Bangkok, Yang dibawa ke sempadan Thailand-Myanmar di wilayah Tak, pada 21 Disember lalu.

Kali terakhir Yang berhubung dengan keluarga adalah pada 29 Disember lalu menerusi panggilan video kepada ibunya.

Menurut bapanya, Yang ketika panggilan itu kelihatan tertekan dan tidak memegang telefon serta percaya penculik anaknya membuat panggilan.



Peguam Ratchapon Sirisakorn, yang mengatur pertemuan antara Yang Hai Tao dan polis Thailand berkata, beliau menerima pengesahan daripada keluarga bahawa anak mereka diselamatkan dan selamat pulang ke China.

Katanya, keluarga itu akan menghantar surat untuk mengucapkan terima kasih kepada kedutaan China dan pihak berkuasa Thailand.

Yang turut memuat naik video di media sosial pada Jumaat selepas tiba di China.

"Melaporkan keselamatan sejurus selepas selamat mendarat," katanya menerusi kapsyen pada video itu.

Polis tidak mendedahkan sebarang butiran bagaimana atau lokasi Yang ditemukan.

Mereka juga tidak mengesahkan spekulasi bahawa Yang menjadi mangsa salah satu kumpulan penipuan terkenal di seberang sempadan di Myawaddy, seperti dalam kes pelakon China, Wang Xing.

Pelakon itu ditemukan tidak cedera, tetapi dengan kepalanya dicukur, selepas hilang awal bulan ini di wilayah Tak.


Disiarkan pada: Januari 20, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.063978 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list