CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10168|Reply: 0

Tahanan Palestin paling terkenal, Khalida Jarrar dibebaskan

[Copy link]
Post time 20-1-2025 04:01 PM | Show all posts |Read mode

KHALIDA Jarrar. FOTO AFP

Baitulmaqdis: Pihak berkuasa Israel membebaskan 90 banduan Palestin, termasuk 20 kanak-kanak dari Penjara Ofer di barat Ramallah di Tebing Barat yang diduduki, lapor Palestine Chronicle.

Pembebasan itu berlaku lewat malam Ahad hingga pagi Isnin, menandakan fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel.

Banduan yang dibebaskan, dibawa dengan bas yang ditandakan dengan lambang Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, dengan diiringi oleh kenderaan Palang Merah, ketika mereka pulang ke rumah mereka.

Antara yang dibebaskan ialah Khalida Jarrar, seorang pemimpin terkemuka Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin, yang disambut oleh keluarganya di Ramallah.

Wartawan Bushra At-Tawil yang juga antara banduan dibebaskan, tiba di rumahnya di Al-Bireh.

Sebagai tambahan kepada mereka yang berasal dari Tebing Barat, Israel membebaskan beberapa tahanan Palestin dari Baitulmaqdis. Ia secara langsung membebaskan tahanan itu ke rumah mereka di bandar berkenaan.



Suasana di sekitar Penjara Ofer menjadi tegang, kerana pasukan tentera Israel mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon tentera tertutup dan melarang perhimpunan keluarga banduan.

Walaupun ada sekatan, puluhan saudara berkumpul berhampiran penjara itu dalam keadaan cemas ketika menunggu kepulangan orang tersayang. Tetapi menurut Palestine Chronicle, mereka 'disambut' dengan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera Israel.

Pembebasan banduan ini sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pagi Ahad. Fasa pertamanya ditetapkan untuk berlangsung selama 42 hari.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, 33 tebusan Israel akan dibebaskan oleh Hamas sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin.

Pada masa ini, Israel menahan lebih daripada 10,400 tahanan Palestin di penjaranya, dengan ramai yang masih terpisah daripada keluarga mereka dan mengalami keadaan yang teruk.

Sementara itu, Hamas menahan kira-kira 96 tebusan Israel di Gaza.

Kempen ketenteraan Israel di Gaza menyebabkan lebih 157,000 rakyat Palestin terbunuh atau cedera.


Disiarkan pada: Januari 20, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.606739 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list