CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10385|Reply: 0

Jalan berlubang jadi tarikan pelancongan

[Copy link]
Post time 20-1-2025 04:04 PM | Show all posts |Read mode


London: Penduduk berhampiran sebatang jalan yang banyak lubang di Wales Utara, United Kingdom (UK), baru-baru ini, mengambil keputusan untuk menjadikannya sebagai tarikan pelancong.

Sky News melaporkan, langkah diambil penduduk adalah dengan mendirikan papan tanda tertera tulisan 'Pothole Land' di jalan itu yang terletak di sebuah perkampungan dekat Wrexham.

Menurut papan tanda itu, tarikan di situ adalah lubang terdalam, terpanjang dan terluas di Wales.

"Dua kilometer (km) jalan berlubang yang memenangi anugerah jalan sebenar dan sangat sedikit untuk merosakkan keseronokan anda," tambah kapsyen pada papan tanda itu.

Petani tempatan, Donald Roberts, 76, memberitahu Sky News bahawa kenderaan sukar melalui jalan berkenaan.

Katanya, keadaan jalan itu menambah kesukaran kerana dia mengambil masa lebih lama untuk melakukan kerjanya.



Tim Raddock, 57, memberitahu Sky News bahawa keadaan jalan itu amat teruk.

"Ia sentiasa berlubang kerana tidak mendapat perhatian dan (saiz lubang) bertambah besar," katanya.

Papan tanda itu menarik maklum balas pihak majlis daerah yang sudah memulakan kerja baik pulih.

Majlis Daerah Daerah Wrexham bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu berkenaan.

FOTO disiarkan menerusi Sky News menunjukkan keadaan jalan berkenaan.


Disiarkan pada: Januari 20, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 1.421881 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list