CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11045|Reply: 0

550 trak bantuan memasuki Gaza hari pertama gencatan senjata

[Copy link]
Post time 20-1-2025 04:10 PM | Show all posts |Read mode

TRAK bantuan menunggu untuk memasuki Gaza dari sebelah Mesir di lintasan Rafah, pada 19 Januari 2025. FOTO AFP

Gaza: Lebih 550 trak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza melalui lintasan Rafah pada Ahad, hari pertama pelaksanaan perjanjian gencatan senjata.

"Sejak pagi Ahad, 552 trak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza melalui lintasan, termasuk 242 trak untuk bahagian utara Gaza," kata sumber Kementerian Dalam Negeri Gaza kepada Agensi Anadolu (AA).

Sumber itu menjelaskan bahawa penghantaran termasuk bahan api, bekalan perubatan, makanan, serta sayur-sayuran dan buah-buahan.

Beliau turut mengesahkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk memudahkan kemasukan lebih banyak bantuan bagi memenuhi keperluan penduduk Gaza.

Dalam laporan berasingan, Saluran Berita Al-Qahera melaporkan bahawa 330 trak bantuan termasuk 20 trak bahan api, memasuki Gaza melalui lintasan yang dikawal Israel di Al-Auja dan Kerem Shalom (selatan).

Perjanjian gencatan senjata Gaza mula berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan (0915GMT) Ahad selepas kelewatan beberapa jam akibat tuduhan Israel terhadap Hamas yang dikatakan melambatkan senarai tawanan yang akan dibebaskan.

Ia pada mulanya dijadualkan bermula pada 8.30 pagi waktu tempatan.

Sejak 7 Oktober 2023, hampir 47,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh dan lebih 110,700 lagi cedera dalam serangan Israel di Gaza, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.


Disiarkan pada: Januari 20, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.445869 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list