CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11113|Reply: 0

Kepulangan Trump ke Rumah putih dijangka goncang dunia

[Copy link]
Post time 20-1-2025 04:20 PM | Show all posts |Read mode

Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tiba untuk berucap pada Perhimpunan Kemenangan Jadikan Amerika Hebat Semula (MAGA) di Capital One Arena, Washington. - Foto AFP

WASHINGTON: Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang memulakan penggal kedua pada 20 Januari, sudah pun kembali menguasai pentas antarabangsa dengan ancaman dan kenyataan kontroversi yang menggugat kebiasaan diplomasi.

Meskipun belum kembali ke Rumah Putih, Trump telah terus menarik perhatian dunia, menongkah arus dengan cara yang hanya dapat dilakukan olehnya.



Beliau masih bercakap sembarangan selain menggunakan bahasa kasar apabila berkonfrontasi dengan negara lain serta melancarkan perang retorik terhadap pihak yang tidak disukainya.

Sejak memenangi pilihan raya 2016, Trump telah dikenali dengan pendekatannya yang tidak konvensional dalam menangani hubungan luar negara selain keperibadiannya yang sukar diramalkan.

Semasa kempennya pada 2024, Trump membuat beberapa kenyataan mengejutkan, termasuk ancaman menggunakan kekuatan ketenteraan bagi merampas wilayah seperti Greenland, wilayah autonomi Denmark, dan Terusan Panama, yang pernah diserahkan AS kepada Panama 25 tahun lalu.



Langkah itu jelas mencabar hubungan antara AS dan sekutu-sekutunya, termasuk negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

"Jika mereka tidak mahu bekerjasama, kita akan mengambil tindakan yang kita anggap perlu," kata Trump dalam satu wawancara, berhubung cadangannya untuk merampas kawasan-kawasan tersebut.

Malah, beliau juga mengesyorkan Kanada menjadi 'negeri ke-51' AS jika tidak mahu berdepan dengan tarif yang lebih tinggi.

Penasihat keselamatan negara yang dipilih Trump, Mike Waltz, menjelaskan mengenai pendekatan itu dalam satu temu bual dengan ABC News.

"Trump amat serius mengenai ancaman yang dihadapi negara ini, umpamanya pengaruh syarikat China di Terusan Panama dan kekuatan Russia di Artik yang semakin meningkat.

"Justeru, Trump sentiasa mempertimbangkan semua pilihan yang ada, berbanding dengan kaedah pentadbiran pendahulunya.

"Trump berbeza dengan Presiden Joe Biden, yang lebih memilih diplomasi tradisional dengan memberi tumpuan kepada keselamatan negara dan mempertahankan kepentingan AS tanpa mengabaikan sekutunya. Pendirian Trump lebih tegas," katanya.

Justeru, pemimpin Eropah, yang rasa terpinggir dengan tindakan keras Trump terhadap mereka semasa penggal pertama, bimbang dengan gaya diplomasi beliau yang dianggap 'cenderung kepada tentangan'.

Selain itu, Trump juga dijangka mengenakan tarif tinggi terhadap beberapa negara, termasuk sekutunya, yang boleh mencetuskan gelombang bantahan daripada rakan dagang dan syarikat besar yang sebelum ini menyokong dasar beliau.



Langkah itu berisiko merumitkan hubungan perdagangan AS dengan negara utama, terutama dalam era globalisasi yang semakin saling bergantung.

Antara isu paling utama yang diperjuangkan oleh Trump adalah pengusiran jutaan pendatang haram dari AS.

Tindakan ini dilihat sebagai langkah untuk mengukuhkan sempadan dan memperketat kawalan imigresen, namun dikhuatiri menjejaskan sektor utama yang bergantung kepada tenaga kerja asing, terutamanya pertanian dan pembinaan.

Perhimpunan 'Make America Great Again Victory Rally' (Perhimpunan Kemenangan Jadikan Amerika Hebat Semula) yang berlangsung di Capital One Arena, Trump berjanji akan menyelesaikan setiap krisis yang dihadapi AS dan merancang untuk mengubah dasar imigresen serta perdagangan secara agresif.

Perhimpunan itu semalam menyerupai ucapan bergaya kempen yang menjadi ciri utama Trump sejak pencalonan pertamanya ke Rumah Putih pada 2016.

Trump berkata, perhimpunan itu adalah gerakan politik terbesar dalam sejarah AS dan 75 hari yang lalu adalah kemenangan politik paling bersejarah yang pernah disaksikan AS.

"Bermula esok, saya akan bertindak dengan kekuatan yang pantas untuk menyelesaikan setiap krisis yang dihadapi negara kita," katanya. - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.164655 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list