CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9021|Reply: 4

[Jenayah] Mangsa aktiviti bitcoin hadapi tuntutan bil elektrik RM1.2 juta

[Copy link]
Post time 22-1-2025 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa aktiviti bitcoin hadapi tuntutan bil elektrik RM1.2 juta
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
22 Januari 2025, 3:48 pm

Antara mangsa yang hadir pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gopeng di Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang pemilik premis perniagaan di Panorama Perdana di sini resah kerana perlu menganggung tuntutan bayaran elektrik berjumlah RM1.2 juga kerana lot kedainya digunakan oleh penyewa untuk melakukan aktiviti bitcoin secara haram dalam tempoh antara Julai hingga Ogos tahun lalu.

Beliau yang hanya ingin dikenali sebagai Yuan, 43, menyewakan lot atas premis perniagaan dua tingkatnya kepada seorang lelaki pada kadar sewa RM700 sebulan.

“Dia menyewa dengan alasan ingin meletakkan barangan stok perniagaannya dan saya tidak mengesyaki apa-apa kerana asalkan mendapat duit sewaan semata-mata.

“Bagaimanapun, saya hairan kerana ada beberapa individu membawa wayar penyambung bekalan elektrik bersaiz besar di premis sewaannya namun kerana kesibukan menguruskan perniagaan salun rambut, perkara itu tidak diambil dengan serius,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gopeng di sini hari ini.

Yuan antara 60 pemilik rumah dan lot perniagaan sekitar Gopeng, Simpang Pulai dan Lumut yang menjadi mangsa tuntutan bil berjumlah RM30,000 hingga RM1.2 juta kerana penyewa melakukan aktiviti bitcoin dengan melakukan penyambungan elektrik secara haram. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2025 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah tah ko pun bersekongkol..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
kerana kesibukan menguruskan perniagaan salun rambut, perkara itu tidak diambil dengan serius,


soooo???
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Bitcoin ni tak boleh guna teknologi solar atau kincir angin ke???

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Fishy. Mesti ko ada tenancy agreement kan masa sewakan
pd org tu. Takkan tkde details?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.247607 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list