CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29551|Reply: 8

Sampah 30 tan dilonggok tengah jalan di UK, penduduk terputus hubungan

[Copy link]
Post time 23-1-2025 12:19 AM | Show all posts |Read mode





LONDON – Sisa pembinaan dan sampah seberat 30 tan dibuang di sebatang jalan kampung di England sehingga menyebabkan penduduk tempatan terputus hubungan dengan dunia luar, lapor akhbar Metro UK semalam.


Satu rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan dua buah lori disyaki membuang sisa pembinaan tersebut.


Majlis Daerah Lichfield percaya sisa pembangunan yang juga termasuk sampah isi rumah itu dibuang di Watery Lane, dekat Curborough. Ia berlaku antara pukul 11 malam (waktu tempatan), Ahad lalu dan 12.45 tengah malam (waktu tempatan) kelmarin.


Penduduk tempatan dan pemilik perniagaan terputus hubungan sepenuhnya dengan dunia luar sehingga kontraktor terpaksa membersihkan jalan tersebut pada waktu pagi.


Seorang ahli majlis daerah dan daerah tempatan, Richard Cox berkata, kerja-kerja pembersihan boleh menelan belanja beribu-ribu pound sterling.


“Sesiapa yang melakukannya adalah satu perbuatan vandalisme yang tidak berakal. Ia perlu disiasat,” katanya. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2025 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Beribu ribu tahniah.

Cam merepek je beribu ribu tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 08:00 AM | Show all posts
nape buat cm tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 10:37 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 23-1-2025 12:29 AM
Beribu ribu tahniah.

Cam merepek je beribu ribu tahniah

Iols pun loading baca

kalau sorang buat kerja, dalam beberapa jam, ke sehari dua dah boleh settle
kalau gotong-royong 2-3 orang, lagi cepat siap

kalau gotong-royong ramai2, sorang makcik bawak bihun tawar takde rasa, sorang lagi bawa nugget keras kematu, sorang lagi acik bawa sirap limau, membawang dari jauh, rasanya 2 jam settle kemas
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 03:54 PM | Show all posts
PULANGKAN replied at 23-1-2025 10:37 AM
Iols pun loading baca

kalau sorang buat kerja, dalam beberapa jam, ke sehari dua dah boleh settle ...

mmg btl dh tu menu tu jerlh slalu pn..tp sirap limau tu mahei..sirap ksg jer slalu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 06:52 PM | Show all posts
kelip2_07 replied at 23-1-2025 03:54 PM
mmg btl dh tu menu tu jerlh slalu pn..tp sirap limau tu mahei..sirap ksg jer slalu

acik sirap tu dia ikut mood. hari dia rajin, air sirap ada bau daun pandan. duit pencen masuk, dapat ler merasa sirap limau. kalau tengah bulan, baru bayar duit kutu ke, aa sirap kosong aje ler. tapi jangan waktu dia bad mood ajak membawang, sirap kosong takde gula nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2025 09:40 AM | Show all posts
PULANGKAN replied at 23-1-2025 06:52 PM
acik sirap tu dia ikut mood. hari dia rajin, air sirap ada bau daun pandan. duit pencen masuk, dap ...

adoii..tp slalu time mkn2 ade jer mcik bwg yg over perati org mkn
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 09:42 AM | Show all posts
macam kelakar pulak guna ayat jalan kampung di england...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 10:05 AM | Show all posts
Memang pun cost beribu, kau ingat ni macam jalan dalam kampung cina balakong ke panggil orang kampung ramai2 gotong royong uruskan semua campak kat tepi semak macam kat sini?  Kat sana nak buang sampah macam ni private individual kena bayar kat tempat buang sampah tu sebab sampah2 semua ada category tu sbb ramai yg fly tip ni. Dah la sana semua gaji minimum tinggi.  Nak panggil company waste management uruskan memang la beribu cost dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.037833 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list