CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19399|Reply: 8

[Jenayah] KWSP Kata Boleh Miliki Simpanan RM 1 Juta Dengan Gaji RM1,700!

[Copy link]
Post time 23-1-2025 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by vanillaessence at 26-1-2025 09:44 AM



Semua mengimpikan mahu memiliki RM1 juta di dalam akaun kerana percaya boleh mengubah hidup serta menampung perbelanjaan untuk jangka masa yang lama.

Siapa sangka rupanya dengan caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga boleh menjadikan anda seorang jutawan di masa kelak?

Perkara ini dibahaskan oleh Ketua Jabatan Dasar dan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Balqais Yusoff di dalam temu bual bersama Astro Awani berkata caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.


Hal ini kerana simulasi yang dijalankan tabung itu menunjukkan seorang pekerja dengan gaji minimum bermula RM1,700 juga boleh mencapai simpanan RM1 juta menjelang usia persaraan kelak.

Jelasnya, apatah lagi kalau seseorang graduan yang dapat pekerjaan pertama dengan tangga gaji yang lebih tinggi seperti RM3,000 secara relatifnya boleh mencapai dengan lebih mudah.

Malah, baki RM1 juta itu juga hanya dari KWSP sahaja tanpa mengira simpanan lain yang anda miliki.

Bagaimanapun, kunci utama adalah konsisten dengan caruman dan tidak mengambil keluar wang dari akuan ke-3 sehinggalah waktu yang sesuai.

Menerusi laporan sebelum ini, rakyat Malaysia perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM57,000 di Akaun 1 dan RM76,000 dalam keseluruhan akaun ditambah dengan jumlah yang ada dalam Akaun 2 dan Akaun Fleksibel untuk seseorang yang berusia 35 tahun.

Jadi, anda bolehlah mengambil kiraan di atas sebagai panduan untuk mengetahui kesihatan caruman KWSP sama ada sihat atau tidak di usia 30-an. Dengan simpanan sebanyak ini, anda boleh menuai hasilnya di kemudian hari kerana dapat dividen pada setiap tahun.

Mengapa jumlah ini dianggap ideal? Ini bagi memastikan rakyat negara ini mempunyai simpanan sebanyak RM240,000 dalam Akaun 1 apabila sudah menginjak usia 55 tahun.

Dengan pembayaran KWSP sebanyak 5.50% setahun, anda akan menerima dividen RM1,100 setiap bulan sekiranya memiliki jumlah simpanan seperti di atas.

Salah satu cara anda mahu meningkatkan jumlah pulangan dividen yang tinggi adalah dengan mencarum sendiri supaya sumbangan KWSP menjadi lebih besar pada setiap bulan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2025 09:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 cecah umur 14 tahun, pun dah boleh buka KWSP uolz... aku pun nak bukak akaun KWSP utk anak, nnti dia cukup 14 tahun tak lama lagi..  
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 26-1-2025 09:45 AM

SSPN ons... carum bulan2
TH ons.... sepuk duit raya/hadiah org
ASB ons..  ex aku carum bulan2

EPF anak... bakal ons..
aku nak tambah caruman bulanan...


Why aku nak carum EPF untuk anak aku?
Sbb EPF savings bawah 1 juta tak perlu bayar zakat... lebih 1 juta baru kena bayar zakat
Dividen pun sedapppp...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 10:51 PM | Show all posts
green~tea replied at 26-1-2025 09:43 AM
SSPN ons... carum bulan2
TH ons.... sepuk duit raya/hadiah org
ASB ons..  ex aku carum bulan2

this epf islamic berapa peseng divideng GT ?

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 27-1-2025 10:51 PM
this epf islamic berapa peseng divideng GT ?

Untuk 2023... 5.5% conventional, 5.4% syariah...

Nak compare dengan asb 2023 5.25%... asb 2024 5.75%.... ku pasti epf will be slightly higher than asb...


I dah convert to syariah few years ago masa mula diperkenalkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2025 11:42 PM | Show all posts
green~tea replied at 25-1-2025 08:43 PM
SSPN ons... carum bulan2
TH ons.... sepuk duit raya/hadiah org
ASB ons..  ex aku carum bulan2



Bawah sejuta tak perlu zakat? Betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
bitterchoc replied at 27-1-2025 11:42 PM
Bawah sejuta tak perlu zakat? Betul ke?


Betul.. sbb bawah sejuta tu selagi kita blom umur 55, itu bukan dikira sebagai hak milik kita yg sempurna sbb ada akta ape tu... kita takleh keluarkan...  zakat hanya dikenakan one off semasa kita keluarkan amount bawah 1 mil tu...  ada fatwa sis... buleh google...

Sbb tu EPF takleh hibah mcm asb.... kena go through faraid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2025 11:52 PM | Show all posts
green~tea replied at 27-1-2025 10:50 AM
Betul.. sbb bawah sejuta tu selagi kita blom umur 55, itu bukan dikira sebagai hak milik kita yg s ...




Ooo ok, thanks beb.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.043962 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list