CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4205|Reply: 0

Trump kerah 1,500 tentera ke sempadan AS-Mexico

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:11 PM | Show all posts |Read mode

PAGAR sempadan AS-Mexico, berhampiran Arizona, AS. FOTO Reuters

Washington: Presiden Donald Trump pada Rabu mengarahkan pergerakan 1,500 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico (AS-Mexico) selepas menandatangani perintah eksekutif baharu yang melarang kemasukan apa yang dipanggilnya sebagai "orang asing yang terbabit dalam pencerobohan ke Amerika Syarikat melalui sempadan selatan", lapor Agensi Anadolu (AA).

Penambahan tentera itu akan menyokong kontinjen kira-kira 2,200 anggota aktif yang sudah berada di sempadan, menjalankan tugas logistik dan pentadbiran.

Tentera AS biasanya dilarang daripada melaksanakan penguatkuasaan undang-undang domestik di bawah undang-undang 1878 yang dikenali sebagai Akta Posse Comitatus.

Bagaimanapun, Trump dalam perintah yang ditandatanganinya pada Isnin berkata, beliau akan memutuskan dalam tempoh 90 hari sama ada akan menggunakan Akta Pemberontakan untuk mengetepikan undang-undang itu.

Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt memberitahu pemberita bahawa "rakyat Amerika menunggu masa seperti ini – untuk Jabatan Pertahanan benar-benar mengambil serius isu keselamatan tanah air."

"Ini adalah keutamaan nombor satu rakyat Amerika, dan presiden telah pun menunaikannya," katanya.

Leavitt bagaimanapun tidak menghuraikan tugas yang akan dilakukan oleh tentera AS itu.

Pada Isnin, Trump menandatangani beberapa perintah baharu yang bertujuan untuk mengetatkan kawalan ke atas migrasi, termasuk mengisytiharkan darurat negara di sempadan AS-Mexico.

Usaha terbaharunya untuk menutup sempadan itu memberikan kuasa kepada "Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Kehakiman, dan Jabatan Negara untuk mengambil semua tindakan yang perlu bagi segera menghalau, menghantar pulang dan mengusir pendatang asing tanpa izin di sempadan selatan Amerika Syarikat," menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan.

"Menerusi penggunaan kuasanya, Presiden Trump mengehadkan lagi akses kepada peruntukan undang-undang imigresen yang membolehkan mana-mana pendatang haram yang terbabit dalam pencerobohan merentasi sempadan selatan Amerika Syarikat untuk kekal di negara ini, seperti suaka," tambah kenyataan itu.


Disiarkan pada: Januari 23, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.096205 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list