CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18331|Reply: 0

Lebih 100 sekolah di Bangkok batal kelas akibat pencemaran PM2.5 semakin teruk

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:47 PM | Show all posts |Read mode

Seorang wanita menjemput seorang kanak-kanak dari sekolah kerana tahap toksik pencemaran udara di Bangkok pada hari Rabu. - Foto AFP

BANGKOK: Sebanyak 103 sekolah awam di bawah Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) membatalkan kelas untuk tempoh antara satu hingga lima hari, bergantung kepada lokasi masing-masing berikutan ibu negara itu menghadapi pencemaran udara PM2.5 semakin teruk.

Beberapa sekolah mula membatalkan kelas sejak Isnin lalu dan diikuti banyak sekolah lain mulai hari ini.

Gabenor BMA Chadchart Sittipunt, berkata beliau memberi kuasa kepada pengarah sekolah untuk menentukan secara bebas sama ada kualiti udara di kawasan mereka menimbulkan bahaya kepada pelajar.

Sekiranya pengarah sekolah menentukan kualiti udara di sekitar mereka tidak selamat, mereka boleh menutup sekolah sehingga tiga hari pada satu masa.

Katanya, ketua daerah dibenarkan mengarahkan penutupan sekolah BMA di dalam daerah mereka sehingga tujuh hari pada satu masa.

Beliau berkata, jika lima daerah Bangkok mengalami kualiti udara PM2.5 tahap merah selama lebih tiga hari berturut-turut.

Jabatan Pendidikan boleh mengarahkan sekolah BMA ditutup sehingga 15 hari.

Sekiranya lebih daripada lima daerah menghadapi keadaan PM2.5 tahap merah selama lebih daripada tiga hari, gabenor BMA boleh mengarahkan sekolah ditutup lebih lama.

Sehingga semalam, daerah Nong Khaem, menjadi satu-satunya kawasan merekodkan kualiti udara PM2.5 tahap merah selama tiga hari berturut-turut sejak Isnin.

Pengarah sekolah di daerah ini membatalkan kelas pada Isnin dan Selasa, dan ketua daerah mengarahkan dua hari cuti tambahan pada hari ini dan esok. - AGENSI

Disiarkan pada: Januari 23, 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.042052 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list