CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17388|Reply: 0

Ramai penduduk tinggalkan New Zealand sejak awal tahun lalu

[Copy link]
Post time 24-1-2025 10:48 AM | Show all posts |Read mode

Seorang penunjuk perasaan memegang sepanduk semasa menyertai perarakan yang diketuai oleh parti politik New Zealand, Te Pāti Māori, bagi membantah kerajaan baharu dan dasar-dasarnya, di Wellington, New Zealand. - Foto REUTERS

WELLINGTON: Bilangan penduduk meninggalkan New Zealand mencatatkan rekod tertinggi dalam tempoh 12 bulan hingga November lalu.

Keadaan itu secara langsung menjadi antara petanda kelemahan ekonomi negara terbabit yang memasuki kemelesetan teknikal pada suku ketiga 2024.

Data Statistik New Zealand semalam menunjukkan seramai 127,800 orang meninggalkan negara itu dalam tempoh 12 bulan, meningkat 28 peratus berbanding tempoh sama, tahun sebelumnya.

Mengikut data itu, lebih 50 peratus daripada jumlah yang meninggalkan negara berkenaan adalah warga New Zealand.

Negara dengan hanya 5.3 juta penduduk itu menyaksikan kemelesetan ekonomi sejak beberapa tahun lalu, apabila bank pusat menaikkan kadar tunai rasmi untuk meredakan inflasi yang tinggi.

Penghijrahan itu bagaimanapun terus diimbangi kemasukan migrasi ke New Zealand.

Statistik New Zealand melaporkan migrasi bersih, iaitu bilangan orang berhijrah ke New Zealand secara tetap berbanding jumlah meninggalkan negara itu, mencatatkan angka 30,600 dalam tempoh 12 bulan hingga November lalu.

Migrasi bersih mencapai kemuncaknya dalam tempoh 12 bulan berakhir Oktober 2023, membabitkan seramai 135,700 orang.

Sementara itu, ahli ekonomi kanan di Westpac, Michael Gordon, berkata ramai datang ke New Zealand demi peluang pekerjaan dan mereka memilih untuk meninggalkan negara terbabit apabila peluang berkenaan berkurangan.

"Ia berkaitan peluang pekerjaan, terutama di sini (New Zealand) berbanding Australia. Ekonomi Australia masih berjalan dengan agak kukuh.

"Terdapat lebih banyak peluang (pekerjaan) di sana (Australia) sekarang, jadi kita melihat aliran keluar rakyat Kiwi (New Zealand) yang agak tinggi," katanya.

Mengenai migrasi bersih, Gordon berkata, angka itu kembali kepada purata, selain akan menyokong ekonomi negara dalam jangka panjang.

"Bagi sebahagian besar penduduk dunia, New Zealand adalah tempat menarik untuk didiami.

"Namun, bagi kami (rakyat New Zealand), ada tempat lain yang dilihat lebih menarik (untuk didiami) seperti Australia, atau berpindah ke Amerika Syarikat (AS) mahupun United Kingdom," katanya. - REUTERS

sumber 24 Januari 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.098028 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list