CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17424|Reply: 0

UK, Rolls-Royce umum kerjasama berhubung kapal selam nuklear

[Copy link]
Post time 24-1-2025 10:58 AM | Show all posts |Read mode

LOGO Rolls-Royce di Pameran Nuklear Dunia (WNE), di Villepinte dekat Paris, Perancis, pada 27 Jun 2018. FOTO fail Reuters

London: Kerajaan United Kingdom (UK) mengumumkan perjanjian dengan pembuat enjin Rolls-Royce untuk menyokong armada kapal selam nuklear Tentera Laut Diraja yang dilihat sebagai meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan keselamatan negara.

Pentadbiran Parti Buruh yang diketuai Perdana Menteri Keir Starmer dalam satu kenyataan bersama berkata, kontrak berbilang tahun dengan syarikat Britain bernilai sembilan bilion pound sterling (RM49.41 bilion) itu, dijangka mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan di UK.

Kerajaan berkata, perjanjian itu menghasilkan nilai wang yang lebih baik untuk pembayar cukai melalui penjimatan lebih daripada 400 juta pound sterling (RM2.2 bilion).

Setiausaha Pertahanan John Healey berkata, pelaburan dalam pertahanan Britain ini akan memberikan rangsangan jangka panjang kepada perniagaan, pekerjaan dan keselamatan negara Britain.

"Kami menunjukkan pertahanan boleh menjadi enjin pertumbuhan, di samping memacu nilai yang lebih baik untuk wang pembayar cukai.

"Keselamatan negara adalah asas kepada rancangan perubahan kerajaan kita dan ini jelas menunjukkan komitmen kami terhadap pencegahan nuklear UK, yang juga polisi insurans muktamad kami dalam dunia yang lebih berbahaya," katanya sebelum melawat kemudahan pengeluaran reaktor nuklear Rolls-Royce di Derby, tengah England.

Sementara itu, Presiden kapal selam Rolls-Royce, Steve Carlier berkata, kontrak lapan tahun itu membolehkan syarikat itu melabur dalam kemahiran, peralatan dan kemudahan yang betul untuk memainkan peranan mereka dalam melindungi kepentingan UK di dalam dan luar negara.

Perjanjian itu dibuat selepas UK dan Jerman - negara Eropah dengan perbelanjaan terbesar untuk pertahanan - mengumumkan pada Oktober bahawa pesawat pemburu kapal selam Jerman akan beroperasi di luar Britain di bawah perjanjian.

Menjelang angkat sumpah Donald Trump, Setiausaha Luar Britain David Lammy berkata, presiden AS yang baharu dan Naib Presiden JD Vance melakukan tindakan tepat apabila mereka mengatakan, Eropah perlu berbuat lebih banyak untuk mempertahankan benuanya sendiri.


Disiarkan pada: Januari 24, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.060005 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list