CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3794|Reply: 0

Hakim sekat perintah Presiden Trump

[Copy link]
Post time 24-1-2025 08:56 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail Trump tandatangani perintah kewarganegaraan. - Foto AFP


LOS ANGELES –  Seorang hakim persekutuan menghalang percubaan Presiden Donald Trump menyekat  hak kewarganegaraan automatik yang diberikan kepada setiap bayi dilahirkan di Amerika.

Trump menandatangani perintah eksekutif paling kontroversi beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah jawatan untuk penggal kedua.

“Ini adalah perintah yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Amerika,” kata Hakim Daerah AS, John Coughenour.

Coughenour menegur peguam Jabatan Kehakiman, Brett Shumate susulan dakwaannya bahawa perintah Trump adalah mengikut perlembagaan.

“Terus-terang, saya menghadapi kesukaran untuk memahami bagaimana seorang peguam boleh menyatakan bahawa ini (permintaan Trump) adalah berlandaskan perlembagaan,” katanya.

Susulan keputusan itu, Trump memberitahu pemberita bahawa pentadbirannya akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.


Perintah Trump itu berdasarkan idea bahawa sesiapa sahaja yang berada di AS secara haram atau memasuki negara itu dengan menggunakan visa, mereka tiada hak untuk mendapatkan keistimewaan tersebut. – AFP/AGENSI

  • KOSMO!
  • 24 Januari 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.152097 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list