CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3701|Reply: 0

Pemandu Lamborghini RM2.6 juta larikan diri selepas kemalangan

[Copy link]
Post time 24-1-2025 09:01 PM | Show all posts |Read mode


KERETA Lamborghini remuk teruk selepas melanggar sebuah pikap. - Foto Facebook/ InsidePitlok


BANGKOK – Seorang pemandu keluar dari kereta sport Lamborghini dan melarikan diri selepas kenderaannya berlanggar dengan sebuah trak pikap di wilayah Phitsanulok, utara Bangkok, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Pemandu tersebut dipercayai seorang ahli perniagaan. Dia  meninggalkan wang tunai berpuluh-puluh  ribu baht di dalam ‘supercar’ bernilai lebih 20 juta baht (RM2.6 juta) itu yang telah remuk.

Polis yang tiba di lokasi kejadian di luar sebuah restoran kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempatan) berhampiran tiang elektrik di tepi jalan,  menemui kad pengenalan pemandu tersebut di dalam sebuah beg.

Pemandu pikap berusia 32 tahun pula terperangkap di dalam kenderaannya. Mangsa mengalami kecederaan di muka dan bahu sebelum diselamatkan oleh anggota-anggota pasukan kecemasan dan dihantar ke hospital berdekatan.

Polis masih menyiasat kemalangan itu.

Nama pemandu Lamborghini itu tidak didedahkan tetapi saluran televisyen, Channel 7 melaporkan bahawa dia pernah terlibat dalam satu kemalangan berprofil tinggi pada tahun lepas.


Dia dilaporkan merempuh kereta Porsche bernilai 5 juta baht miliknya (RM652,000) pada sebatang tiang elektrik menyebabkan kenderaan itu terbakar  tetapi pemandunya melarikan diri tanpa mengalami kecederaan. – AGENSI

sumber  
  • KOSMO!
  • 24 Januari 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.045233 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list