CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3617|Reply: 0

Sudah dilanggar kereta api, kena denda RM18,000

[Copy link]
Post time 24-1-2025 09:09 PM | Show all posts |Read mode

PELANCONG Filipina dilanggar kereta api di timur Taipei. - Foto Facebook/Polis Kereta Api Ruifang


TAIPEI – Seorang pelancong Filipina cedera dilanggar kereta api semasa bergambar di atas landasan dan tidak menyedari tren tersebut menuju ke arahnya, lapor portal berita VNExpress kelmarin.

Polis Taiwan berkata, kemalangan berlaku di Jalan Lama Shifen yang merupakan destinasi pelancongan popular di timur Taipei.

Menurut portal berita Focus Taiwan, Jabatan Bomba New Taipei bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kemalangan itu.

Rakaman kamera pengawasan dari kedai berhampiran menunjukkan wanita itu meregangkan tangannya dan melangkah dekat landasan untuk bergambar dengan kereta api yang sedang bergerak.

Kereta api itu kemudian melanggar lengannya,  menyebabkan dia terjatuh dan mengalami berbilang kecederaan, lapor akhbar The Straits Times.

Polis berkata, wanita itu menceroboh landasan kereta api yang merupakan  satu kesalahan dan boleh didenda  sehingga TWD$135,000 (RM18,000). – AGENSI

sumber   
  • KOSMO!
  • 24 Januari 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.289498 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list