CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3264|Reply: 0

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh Israel

[Copy link]
Post time 24-1-2025 09:26 PM | Show all posts |Read mode

Pejuang Hamas mengiringi sebuah kenderaan Palang Merah untuk mengambil tebusan Israel yang dibebaskan selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas mula berkuat kuasa pada 19 Januari 2025. Foto Agensi

SEMENANJUNG GAZA - Seorang komander pasukan pejuang Hamas dilaporkan muncul kembali di utara Semenanjung Gaza walaupun Israel mendakwa telah membunuhnya tahun lalu.

Dua hari lalu, aktivis berkongsi rakaman video Hussein Fayyadh, seorang komander sayap bersenjata Hamas, Brigade Qassam, dalam satu perhimpunan di utara Gaza.

“Gaza telah muncul dengan kekuatan yang tak tergoyah, kemenangan dan martabat yang tinggi,” kata Fayyadh kepada para peserta perhimpunan tersebut, menurut rakaman itu.

Pada 23 Mei tahun lalu, tentera Israel mendakwa telah membunuh Fayyadh di dalam sebuah kompleks bawah tanah di bandar utara Jabalia.

Israel menyalahkan komander Hamas itu atas serangan roket semasa perang genosid Israel ke atas Gaza dan serangan terhadap penempatan Israel dekat sempadan.

Pada Rabu, tentera Israel mengakui maklumat risikan mereka mengenai kematian Fayyadh tidak tepat.

Fasa pertama perjanjian gencatan senjata di Gaza yang berlangsung selama enam minggu telah berkuat kuasa pada 19 Januari, menangguhkan perang genosida Israel yang telah membunuh hampir 47,200 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih daripada 111,160 orang sejak 7 Oktober 2023.

Perjanjian gencatan senjata tiga fasa itu merangkumi pertukaran tahanan dan usaha untuk mengekalkan keamanan, dengan matlamat mencapai gencatan senjata kekal dan penarikan tentera Israel dari Gaza.

Serangan Israel telah menyebabkan lebih 11,000 orang hilang, disertai kemusnahan besar dan krisis kemanusiaan yang telah meragut nyawa ramai warga emas dan kanak-kanak dalam salah satu bencana kemanusiaan paling buruk di dunia.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap pada November tahun lalu terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas perang yang dilancarkan ke atas wilayah tersebut. - Awani

24 Januari 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.060923 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list