CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2591|Reply: 1

[Tempatan] 150,000 pengembara ke luar negara guna pelepasan kod QR

[Copy link]
Post time 24-1-2025 09:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-1-2025 06:00 AM


150,000 pengembara ke luar negara guna pelepasan kod QR

  • Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
  • 24 Januari 2025, 8:00 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin




Saifuddin (empat dari kiri) menerima cenderamata daripada Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) Jabatan Kerja Raya, Datuk Ir. Ibrahim Esa pada Majlis Penyerahan Projek Membina Bangunan Baharu IPD Jeli, Jeli hari ini.


JELI – Aplikasi MyBorderPass yang mendaftarkan maklumat perjalanan sebelum menggunakan sistem kod respons pantas (QR) sudah memberi manfaat kepada seramai 150,000 pengembara warganegara Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu diperoleh selepas 21 hari aplikasi itu diperkenalkan.
Menurutnya selain itu, aplikasi tersebut juga sudah dimuat turun sebanyak 500,000 pengguna sepanjang tempoh tersebut.

“Aplikasi MyBorderPass memberi kemudahan kepada pengembara untuk melepasi sempadan negara hanya dalam tempoh tiga saat.

“Ini merupakan satu langkah inovatif ke arah mempercepatkan pemeriksaan Jabatan Imigresen dan memperbaiki imej negara khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Membina Bangunan Baharu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli di sini hari ini.

Saifuddin memberitahu, sehubungan itu, Jabatan Imigresen menambah 40 kaunter sistem pagar automatik (autogate) di KLIA pada tahun ini untuk memudahkan urusan selain mengelakkan sebarang isu melibatkan integriti.

Menurutnya, meskipun sistem pagar automatik digunakan di lapangan terbang itu, Jabatan Imigresen tetap akan membuka sebanyak lima hingga 10 kaunter manual untuk sebarang urusan ke luar negara.

“Sistem QR itu akan diperluas ke lapangan terbang antarabangsa lain seperti di Pulau Pinang, Kota Kinabalu (Sabah), Kuching (Sarawak) dan Langkawi (Kedah) tidak lama lagi,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada awal bulan ini melancarkan sistem pelepasan imigresen menggunakan Kod QR di KLIA khusus buat warganegara Malaysia.

Melalui satu pengumuman di laman sosial Jabatan Imigresen, pengembara warganegara Malaysia boleh menggunakan kemudahan ini tiga langkah sahaja iaitu, muat turun aplikasi MyBorderPass dan Daftar.

Sistem itu bertujuan mengatasi kesesakan di pintu masuk imigresen dengan menawarkan kecekapan yang lebih tinggi serta difahamkan sebanyak 40 lorong khas akan disediakan untuk warganegara Malaysia di Terminal 1 dan 2 KLIA. – KOSMO! ONLINE




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2025 10:04 PM | Show all posts
Kali terakhir saya pernah keluar negara pada 2017. Passport yang di perbaharui pada 2022 masih bersih dan tidak pernah disentuh oleh immigration
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.037600 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list