CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2667|Reply: 16

[Tempatan] Baling: Kami sudah boleh tidur lena, harap suspek dikenakan hukuman berat’

[Copy link]
Post time 24-1-2025 10:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-1-2025 06:30 AM



‘Kami sudah boleh tidur lena, harap suspek dikenakan hukuman berat’

  • Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
  • 23 Januari 2025, 4:47 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin




Ibrahim bersama isterinya melihat keadaan rumah di Kampung Tanah Periuk di Kupang, Baling yang musnah dalam kebakaran pada 26 Disember lalu.


BALING – penduduk di Kupang, di sini kini boleh tidur lena apabila pemuda berusia 23 tahun yang disyaki membakar sembilan rumah di situ akhirnya berjaya ditahan polis.

Penduduk, Ahmad Osman, 49, berkata, dia dan penduduk lain terpaksa bersengkang mata selepas kejadian kebakaran bersiri itu berlaku sejak 24 Disember tahun lalu.

“Sepanjang saya hidup, ini kali pertama saya dengar ada kes kebakaran bersiri. Saya kasihan tengok mangsa yang tinggal sehelai sepinggang, bukan mudah nak bina rumah baharu sebab perlukan kos yang tinggi.

“Selepas beberapa kes kebakaran berlaku, penduduk syak ia ada kaitan dengan perbuatan khianat sebelum orang kampung buat rondaan keselamatan,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanah Periuk di Kupang, di sini hari ini.

Katanya, dia terkejut apabila mendapat tahu penduduk kampung yang tinggal berhampiran ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian itu.

“Suspek budak muda, berkawan juga dengan orang kampung di sini. Suspek dikatakan ada datang juga sewaktu penduduk buat rondaan, memang tidak sangka dia terlibat,” ujarnya sambil menyifatkan suspek seorang yang lurus,” ujarnya.

Penduduk, Ibrahim Ali, 59, berkata, dia juga berasa lega selepas mendapat tahu suspek telah diberkas.
“Rumah saya di Kampung Tanah Periuk musnah terbakar dipercayai akibat perbuatannya, diikuti sebuah lagi rumah terletak berhampiran pada hari sama iaitu 26 Disember lalu.

“Selepas dua rumah terbakar dalam selang masa yang dekat, orang kampung sudah rasa bimbang dan mula buat rondaan setiap masa.

Saya juga boleh tidur lena kerana sebelum ini kerap terjaga bila terdengar bunyi bising,” tambahnya.

Kosmo! semalam melaporkan dendam akibat dibuli di tempat kerja disyaki menjadi punca seorang lelaki bertindak membakar sembilan rumah di Kupang, Baling dekat sini sejak pertengahan bulan lalu hingga awal bulan ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, suspek berusia 23 tahun yang merupakan penganggur dan penduduk di Kupang ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, Isnin lalu.

“Kesemua sembilan kes khianat dengan api yang dilakukan suspek adalah berpunca daripada perasaan dendam kerana sering dibuli di tempat kerja sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Arsonist..seram gak bila tgk satu k drama ni..gila betul..rasa nk bako je si arsonist tu biar dia raseee
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Giler betul sampai jadi bersiri2 plak dia bakar. Yang spammer sini pun makin galak ye.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 08:13 AM | Show all posts
asbab kena buli trus bakaq umah org??so umah terbakaq tuh tuanrumah dia dok jd pembuli ka camna??
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
dia bakar rmh org hat buli dia ke random? kesian pnduduk kmpg..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm pelik je
ke ada benda lain ni
takde ke yg dalam porum ni asal situ
blh la kongsi citer sebenar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2025 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa korang buli diaa?
Kadang rasa gak nk mendajal acik2 kt kg iols yg mulut puaka nan rapik pernah melukakan hati kanak2 kecil tu

Tp takpelaa kifarah tu benar tunggu jelaaa tgk dorang panjang umur lagi cukuplaa
Sbb orang baik Allah sayang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pocongkiutss at 25-1-2025 09:13 AM
kaoru44 replied at 25-1-2025 08:17 AM
dia bakar rmh org hat buli dia ke random? kesian pnduduk kmpg..


Bukan arsonist rupanya..oke..but still apsal nk bako umah org..nnt yg mati org lain camne..bongok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2025 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah blh tido lena ....

Tapi klu aku, sampai mati tak leh tido lena....bygkn, rumah dah jd abu....bkn senang nk bina semula....nk beli brg² baru pulak....
Klu ada insuran....tak pe lah....blh dok hotel atau homestay sementara tgu dpt claim.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 05:22 PM | Show all posts
Aritu ada yang cakap punca directed energy weapon.
Hasil R&D berbilion-bilion US dollar tapi sasarannya adalah rumah-rumah kampung kat Mesia, kebakaran di Hawaii dan transformer tepi jalan di Chile.

Tak rasa aneh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ni ke yg haritu gambar motorsikal habis kena bakar? Iols komen juga sbb ada yg kata org test ilmu le bagai, iols kata nengok2 budak yg bakar mmm betul pun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 25-1-2025 05:22 PM
Aritu ada yang cakap punca directed energy weapon.
Hasil R&D berbilion-bilion US dollar tapi sasara ...

Hahaha oh ultra melayu yg diri sendiri malu tuk guna avatar melayu dan juga nick bahasa melayu tu? Keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiiik dekat tt tu keemaaaiiinn lg kata nk test ilmu kebal berselindung dibalik sehelai daun..knp dapat tangkap kat polis tiba2 jd motif balas dendam sebab kena buli?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 25-1-2025 05:32 PM
Hahaha oh ultra melayu yg diri sendiri malu tuk guna avatar melayu dan juga nick bahasa melayu tu? ...

Tak kesahlah sis, sapa² pun boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 25-1-2025 07:50 AM
Giler betul sampai jadi bersiri2 plak dia bakar. Yang spammer sini pun makin galak ye.

Adakah spammer sini kena buli di tempat kerja juga?
Hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pestime dengar orang menuntut ilmu kebal main bakar² umah orang.
Sepatutnya test terjun ke sungai ada boya, baru buleh tau ilmu yang dituntut tu terbukti efektif ke tidak.
Dah tentu² tak menyusahkan orang lain, kalau ke alam barzakh pun sendiri² jer yang tahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2025 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekali suspek tu disahkan mental (tahap asas).. Terpaksa la redha saja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.058795 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list