CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19599|Reply: 0

15 maut, 70 cedera dalam rempuhan perhimpunan agama di India

[Copy link]
Post time 29-1-2025 06:49 PM | Show all posts |Read mode


NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh, manakala 70 lagi cedera dalam insiden rempuhan di sebuah perhimpunan keagamaan terbesar di utara India awal pagi ini.

Kejadian berlaku sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) di Festival Maha Kumbh Mela, negeri Uttar Pradesh.

Perhimpunan yang diadakan setiap 12 tahun itu menarik berpuluh-puluh juta penganut untuk melakukan upacara mandi di sebatang sungai berhampiran bandar Prayagraj.

Orang ramai yang tidur dan duduk berhampiran sungai memberitahu AFP bahawa mereka dipijak oleh ‘gelombang besar pengunjung’ dalam keadaan gelap.

“Saya duduk berhampiran penghadang. Semasa kejadian, saya dihempap dan dipijak ramai orang.

“Apabila kumpulan itu semakin ramai, kebanyakan warga emas dan wanita turut dipijak dan tiada siapa yang tampil membantu,” kata seorang pengunjung, Renu Devi.


Pihak berkuasa masih belum mengesahkan secara rasmi jumlah kematian insiden rempuhan itu.

Perdana Menteri Narendra Modi menyifatkan tragedi itu sebagai ‘amat menyedihkan’ sambil mengucapkan takziah kepada saudara-mara mereka yang terbunuh. – AFP



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.250195 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list