CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20563|Reply: 0

Tentera Laut AS larang penggunaan AI DeepSeek

[Copy link]
Post time 29-1-2025 06:51 PM | Show all posts |Read mode


Moscow: Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengarahkan stafnya supaya tidak memuat turun, memasang atau menggunakan chatbot kecerdasan buatan (AI) DeepSeek dari China, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Menurut saluran penyiaran CNBC, Tentera Laut AS menghantar e-mel pada 24 Januari - empat hari selepas DeepSeek melancarkan versi pembantu baharu R1, menurut laporan pada Selasa.

Mesej itu dilaporkan menyatakan bahawa AI DeepSeek tidak boleh digunakan "dalam apa jua bentuk" berikutan "kebimbangan keselamatan dan etika yang berkaitan dengan asal-usul serta penggunaannya."

DeepSeek meraih populariti selepas pelancaran kemas kini baharu awal Januari lepas. Pembantu AI dari China itu kini menjadi aplikasi teratas di Amerika Syarikat, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Korea Selatan dan China, mengatasi ChatGPT keluaran OpenAI.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.032038 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list