CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22513|Reply: 0

Penumpang ceritakan detik cemas ketika pesawat terbakar

[Copy link]
Post time 29-1-2025 06:53 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN pesawat berkenaan. FOTO Yonhap / AFP

Seoul: Penumpang pesawat Air Busan yang terbakar sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan malam semalam, berkongsi detik cemas ketika insiden berkenaan.

Menurut Korean Herald, ketika pihak berkuasa masih menyiasat punca kebakaran, keterangan penumpang menggambarkan keadaan huru-hara dan ketakutan ketika asap dan api memenuhi kabin pesawat.

Seorang penumpang tempat duduk belakang, di mana kebakaran dipercayai bermula, menyifatkan terdengar "bunyi percikan" dari ruang bagasi atas kepala.

"Asap mula keluar, dan kemudian percikan api," kata penumpang itu kepada agensi berita Yonhap.

"Seorang pramugari datang dengan alat pemadam api, tetapi sudah terlambat. Asap sudah memenuhi ruang kabin."

Situasi panik apabila penumpang menyedari betapa seriusnya keadaan.

"Orang ramai menjerit, bertolakan, cuba menuju ke pintu keluar kecemasan," kata seorang lagi penumpang kepada News1. "Ia sangat menakutkan. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan."

Beberapa penumpang mengkritik tindak balas kru penerbangan, apabila mendakwa mereka pada mulanya diberitahu untuk kekal duduk, sementara kebakaran dipadamkan.

"Mereka (kru kabin) tidak memberitahu kami untuk meninggalkan barang-barang kami," kata seorang penumpang.

"Orang ramai cuba mengambil beg mereka sementara yang lain cuba melarikan diri. Ia adalah keadaan huru-hara sepenuhnya."

Pada kejadian 10.26 malam itu, pesawat Airbus A321-200 terbabit dijadualkan menuju ke Hong Kong dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan, apabila ia terbakar di bahagian ekornya sebelum berlepas.

Kesemua 176 orang termasuk 169 penumpang dan tujuh anak kapal dipindahkan dengan selamat.

Menurut Korea Herald, tujuh orang sedang dirawat kerana kecederaan setakat petang Rabu, dengan empat daripada mereka adalah anak kapal.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.041696 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list