KAROLINE Leavitt. FOTO AFP
Washington: Setiausaha akhbar Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Karoline Leavitt akhirnya membuat kemunculan sulung, semalam, selepas seminggu majikannya mengambil alih semula pentadbiran.
Wanita berusia 27 tahun itu membuat kemunculan di bilik taklimat James S Brady di Rumah Putih.
Wanita berusia 27 tahun itu serta-merta mengumumkan bahawa dia membuka taklimat kepada 'TikToker' dan mewujudkan tempat duduk untuk "media baharu," menandakan perubahan besar yang dilakukan oleh bosnya.
Selepas Trump memberi tumpuan kepada 'podcaster' pada kempen pilihan rayanya, Leavitt berkata, dia akan mengikuti pendekatan itu.
Tetapi beberapa perkara tidak akan berubah dengan Leavitt mengakui bahawa Trump akan mengambil banyak perhatian.
"Presiden adalah jurucakap terbaik yang dimiliki Rumah Putih ini," kata Leavitt dalam taklimat pertamanya sejak pelantikan Trump lapan hari lalu.
"Dan saya boleh memberi jaminan bahawa anda akan mendengar daripada dia dan saya sebanyak mungkin," katanya.
Trump melantik Leavitt sebagai setiausaha akhbarnya sejurus selepas kemenangan pilihan rayanya pada November lalu.
|