CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20088|Reply: 0

40 maut, puluhan cedera dalam rempuhan di Festival Maha Kumbh

[Copy link]
Post time 30-1-2025 08:10 AM | Show all posts |Read mode


New Delhi: Sekurang-kurangnya 40 maut manakala puluhan lagi cedera dalam insiden rempuhan ketika upacara mandi suci sempena Festival Hindu Maha Kumbh di negeri Uttar Pradesh, utara India.

Jutaan penganut agama Hindu berkumpul di Bandar Prayagraj, sebelum ini dikenali sebagai Allahabad, bagi menyertai Kumbh Mela dan melakukan ritual mandi suci di pertemuan Sungai Ganges dan Yamuna.

Kekecohan berlaku apabila orang ramai berpusu-pusu memasuki sungai pada awal pagi Rabu bersempena Mauni Amavasya, satu daripada hari paling suci sepanjang festival 45 hari itu yang berlangsung sehingga 26 Februari.

Menurut saksi, mayat, beg dan barangan peribadi berserakan di tanah, sementara orang ramai menjerit dan lari dalam keadaan panik.

Kami datang dalam kumpulan 60 orang menaiki dua bas... tiba-tiba berlaku tolakan dalam kalangan orang ramai, dan kami terperangkap. Ramai yang terjatuh dan keadaan menjadi tidak terkawal. Tiada peluang untuk melarikan diri kerana tolakan berlaku dari semua arah," kata seorang penziarah dari negeri Karnataka dalam satu video.

Visual di media sosial menunjukkan ahli keluarga menangisi kehilangan insan tersayang, dengan mayat bergelimpangan di celah bagasi dan pakaian.

Ramai yang memeluk mayat ahli keluarga mereka kerana bimbang kehilangan jasad dalam kekecohan itu, yang mengimbau tragedi rempuhan Kumbh pada 1954 yang meragut ratusan nyawa.

Lebih 14 jam selepas kejadian, angka sebenar korban masih belum dapat dipastikan.

Akhbar harian berbahasa Hindi, Dainik Bhaskar, melaporkan menerusi lawan sesawangnya pada tengah hari sekurang-kurangnya 20 mayat telah diserahkan kepada waris si mati.

Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath berkata sekitar 100 juta penziarah dari seluruh India berada di Prayagraj untuk festival itu.

Beliau mengakui berlaku tekanan dalam kawalan orang ramai dalam satu hantaran video di platform X, tetapi tidak menyebut jumlah korban atau mangsa yang cedera.

Perdana Menteri Narendra Modi turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa di Prayagraj, sekali gus menjadi pengesahan rasmi bahawa kejadian rempuhan itu telah meragut nyawa.

Modi berkata beliau telah berhubung dengan Ketua Menteri Uttar Pradesh dan memberi jaminan bahawa semua langkah yang perlu sedang diambil untuk membantu mangsa yang terkesan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.038586 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list