Mangsa diserang ketika berkunjung ke warung bakal isterinya pada Isnin lalu. Foto Agensi
BANJARBARU - Hasrat seorang lelaki untuk melangsungkan perkahwinan sekali lagi tidak kesampaian selepas dia dibunuh bekas kekasih bakal isterinya.
Budi Irawan, 49, yang merupakan guru besar SDN 2 Mantaas, Kecamatan Labuanamas Utara, Kabupaten Hulu Sungai Tengah, Kalimantan Selatan di Indonesia berdepan kematian tragis pada Isnin lalu.
Jurucakap pihak berkuasa, Lilik Hedriyanto memaklumkan siasatan awal mendapati pembunuhan itu berlaku disebabkan cinta tiga segi kerana bekas kekasih bakal isteri mangsa dikenali sebagai Ritaful Mufiqh, 22, masih menagih cinta wanita tersebut.
"Pasangan itu ada menerima ugutan pelaku, kira-kira seminggu sebelum insiden tersebut. Kejadian itu berlaku ketika mangsa berkunjung ke warung bakal isterinya di Desa Banua Kupang.
"Pelaku menyerang Budi dengan sebilah parang selepas berlaku pertengkaran antara mereka. Mangsa cuba melarikan diri, namun ditikam dengan senjata tajam dan mengalami 24 kesan luka.
"Mangsa yang cedera parah kemudiannya dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia," ujarnya.
Menurutnya, pelaku berang kerana bapa Ritaful menolak pinangannya lalu menerima lamaran Budi.
Sehingga Rabu, pihak berkuasa masih memburu suspek berusia 25 tahun tersebut dan meminta keluarganya supaya tampil menyerah diri. - Agensi
|