CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15799|Reply: 0

Wanita dirogol, dituang asid depan dua anaknya

[Copy link]
Post time 30-1-2025 08:52 PM | Show all posts |Read mode


ASSAM - Seorang wanita berusia 30 tahun didakwa menjadi mangsa rogol dan tubuh dituang asid di hadapan dua anaknya pada Rabu, minggu lalu.

Menurut polis, kejadian di daerah Chacar, India itu tercetus gara-gara pergaduhan mulut di mana mangsa dikatakan telah menghina jiran kepada suspek berusia 28 tahun tersebut.

“Beberapa jam kemudian, suspek masuk ke rumah wanita itu secara paksa ketika suaminya tiada.

“Apabila suami mangsa pulang ke rumah, dia mendapati isterinya terbaring di atas lantai dengan mulut, tangan dan kakinya terikat. Bahan seperti asid juga dituangkan ke tubuhnya,“ kata pegawai polis berkenaan.

Mangsa dikejarkan ke Kolej Perubatan dan Hospital Silchar di sini dan sedang dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, tertuduh kini menjadi buruan pihak berkuasa dan keberadaannya masih belum dapat dikenal pasti.

Difahamkan, si suami memfailkan kes serangan seksual terhadap isterinya dan pegawai polis terlibat juga sedang menunggu laporan perubatan daripada pihak forensik.

Ia bagi mengesahkan dakwaan sama ada wanita itu diperkosa atau sebaliknya. - NDTV.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.034691 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list