CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10290|Reply: 0

[Sarawak] Hujan lebat mencecah 400 mm punca utama banjir di Bintulu

[Copy link]
Post time 31-1-2025 01:10 PM | Show all posts |Read mode


Uggah melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Batu Kawa, di sini, hari ini. – Gambar Chimon Upon

KUCHING: Hujan lebat yang mencatatkan sekitar 400 milimeter (mm) di Bintulu telah menyebabkan limpahan sungai, yang kemudiannya menjadi punca utama banjir, dan bukan disebabkan saluran air tersumbat.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), purata hujan tahunan di Sarawak adalah sekitar 5000 mm namun hujan di Bintulu kali ini berlaku sangat intensif dalam tempoh yang singkat, menyebabkan kesan yang luar biasa.  

"Jadi, ia (banjir di Bintulu) berlaku dengan tiba-tiba dan turut terjadi pada Tahun Baharu Cina. Ini adalah satu cabaran besar bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di Bintulu.

“Walaubagaimanapun, mereka telah berusaha sebaik mungkin. Mereka telah melakukan yang terbaik dan berjaya memobilisasi sokongan dari Miri, Sibu, dan Bintulu untuk melengkapkan keperluan kenderaan bagi memastikan rakyat dan masyarakat dapat dipindahkan dengan cepat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Batu Kawa, di sini, hari ini.

Uggah yang juga Pengerusi JPBNS dalam pada itu mengakui bahawa beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyatakan hasrat untuk memberikan sumbangan dalam usaha membantu mangsa banjir.


(Dari empat kiri) Uggah, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah menyantuni mangsa banjir ketika mengadakan lawatan ke PPS SJK Chung Hua Batu Kawa. – Gambar Chimon Upon

Namun Uggah menegaskan bahawa semua sumbangan mesti dihantar melalui Sekretariat JPBNS untuk memastikan koordinasi yang teratur.  

“Bagi kawasan Bintulu, semua sumbangan boleh dihantar terus kepada Pejabat Residen Bintulu, yang bertindak sebagai sekretariat JPBNS bagi kawasan tersebut.

“JPBNS tidak membenarkan mana-mana NGO untuk menghantar bantuan secara terus ke pusat pemindahan atau kepada masyarakat, bagi mengelakkan kekeliruan dan memastikan pengagihan bekalan berjalan dengan lancar dan teratur,” katanya.

Dalam pada itu, Uggah berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan untuk membaiki jalan yang rosak akibat hujan lebat dan banjir yang melanda beberapa kawasan di Sarawak.

Menurutnya, walaupun skala kerosakan jalan Pan Borneo belum dikenal pasti sepenuhnya, namun kerja baik pulih di kawasan terjejas perlu segera dilaksanakan.

Mengambil contoh Jalan Mambong, Uggah berkata dengan hampir separuh jalan terputus, pihaknya akan melakukan pemulihan segera, dan begitu juga di seluruh bahagian untuk mengawasi jalan-jalan yang terjejas.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.530840 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list