CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10463|Reply: 0

[Sarawak] TYT teruskan tradisi sambutan hari kedua TBC

[Copy link]
Post time 31-1-2025 01:13 PM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi (empat kiri), Fauziah (tiga kiri), Abdul Karim (tiga kanan), Zuraini (kiri), Dr Annuar (dua kanan) serta yang lain semasa mengunjungi kediaman Tiang (lima kiri) di Sibu, hari ini.

SIBU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isterinya, Datuk Patinggi Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, meneruskan tradisi sambutan Tahun Baharu Cina pada hari kedua mereka di sini, hari ini.

Pada hari tersebut, pasangan itu dijadualkan mengunjungi kediaman Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang serta Senator Robert Lau.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan isteri di kediaman Tiang di Jalan Terap pada jam 11.03 pagi sambil diiringi oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, bersama isterinya, Datin Seri Zuraini Abdul Jabbar.

Kehadiran mereka disambut mesra oleh Tiang dan ahli keluarganya dalam suasana yang penuh keakraban.


Tun Wan Junaidi (lima kiri) dan Fauziah (enam kiri) bersama-sama dengan Tiang (empat kiri), Abdul Karim (tiga kiri), Dr Annuar (dua kiri) serta yang lain semasa melakukan upacara 'Yee Sang'.

Tun Wan Junaidi beserta isteri dan rombongannya meluangkan kira-kira setengah jam di kediaman Tiang, berbual mesra dan menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina kepada keluarga berkenaan.

Namun, lawatan yang dirancang ke rumah Senator Robert Lau terpaksa dibatalkan apabila keadaan cuaca buruk dan banjir yang melanda jalan menuju ke kediamannya di Jalan Salim-Kong Yit Khim memaksa rombongan menangguhkan perjalanan tersebut.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Annuar Rapaee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.159917 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list